BM | EN | 中文

TOPENG ‘NYAH-KARBON’ UNTUK LEBIH 1000 CALON UPSR PASIR GUDANG

image.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 27 OGOS: Kira-kira 1,000 calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dari 12 buah sekolah yang berada dalam kawasan titik panas insiden pencemaran udara di Pasir Gudang menerima topeng muka nyah-karbon sebagai langkah berjaga-jaga menduduki peperiksaan yang bermula 4 September nanti.

Topeng tersebut diedarkan kepada calon-calon dalam ‘Kempen Kesedaran 2.0 – Pengetahuan Keselamatan Diri’ yang bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar-pelajar serta guru sekolah mengenai kepentingan memakai topeng muka yang betul sekiranya berlaku pencemaran udara serta gas beracun.

Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang, Jasni Omar berkata, semua pihak – termasuk kerajaan negeri, agensi penguatkuasa serta ibu-bapa – berganding bahu untuk memastikan calon terkesan dengan insiden pencemaran tersebut dapat menduduki peperiksaan dengan lancar.

Advertisement

“Antara langkah yang akan dilaksanakan ialah menyediakan bilik kuarantin ataupun pengasingan khas bagi murid yang dikesan terkesan akibat pencemaran udara.  Pihak sekolah  juga akan membuat saringan awal kesihatan bagi para calon,” menurut Jasni.

Beliau bercakap demikian pada pada program ‘Kempen Kesedaran 2.0 – Pengetahuan Keselamatan Diri’ anjuran Ihsan Johor dengan kerjasama 3M Malaysia Sdn. Bhd. yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Megah Ria, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, kira-kira 11,300 murid tahun satu hingga tahun lima di kesemua 12 sekolah juga diberikan cuti sepanjang peperiksaan UPSR berlangsung, dari 4 hingga 11 Septembe, bagi memastikan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Advertisement

“Sementara itu, calon UPSR di sekolah terlibat akan menduduki peperiksaan di tingkat satu dan dua sahaja manakala tingkat tiga dan empat akan dikosongkan,” katanya pada sidang media program tersebut.

Sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kopok, SK Tanjung Puteri Resort, SK Taman Scientex, SK Kota Masai, SK Pasir Gudang 4, SK Taman Bukit Dahlia, SK Taman Megah Ria, SK Taman Pasir Putih, SK Taman Rinting 3, SK Pasir Gudang 1, SK Pasir Gudang 3 dan SK Kota Masai 3.

Kesemua sekolah terletak kira-kira lima kilometer radius dari kawasan perindustrian Pasir Gudang.

Advertisement

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata kempen seumpama ini amat bermakna dalam membantu persediaan calon UPSR menduduki peperiksaan tersebut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top