BM | EN | 中文

Tony Pua jangan tergesa-gesa, ikuti disiplin Majlis Presiden PH

Muhamad-Taqiuddin.jpg
Advertisement

PONTIAN, 29 OGOS: Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) mengingatkan ahli parlimen Damansara, Tony Pua agar tidak tergesa-gesa dan membelakangi Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) sebagai badan tertinggi dalam membuat keputusan parti.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Muhammad Taqiuddin Cheman berkata demikian susulan kenyataan Pua secara terbuka mengenai perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) dengan Datuk Seri Ismail Sabri.

“Walau apapun hujah dan asas yang diberikan untuk menjadikan tindakan tersebut sebagai hak menyampaikan pandangan, tetapi strategi dan proses membuat keputusan harus diikuti terlebih dahulu supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada akar umbi.

Advertisement

“Dalam hal ini, Pemuda AMANAH menggesa supaya pertimbangan dan penelitian yang mendalam perlu dibuat serta melibatkan pimpinan di semua peringkat agar ia tidak disalah tafsir dan menimbulkan keraguan di kalangan penyokong.

“Justeru, Pemuda AMANAH menggesa semua pihak khususnya di kalangan pimpinan semua parti anggota PH tidak mengulangi tindakan tersebut yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kecurigaan semua pihak,” kata Taqiuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan agar semua pihak mengikut disiplin sebagai ahli anggota PH dan tidak menimbulkan perkara yang belum benar-benar menjadi keputusan PH sebagai langkah berhati-hati dalam mengambil tindakan.

Advertisement

Semalam, Pua dilaporkan berkata, PH sedia menerima CSA oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekiranya tawaran itu sama seperti dilakukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

“Bercakap sama ada akan menyokong atau tidak, kami mahu apa yang Muhyiddin tawarkan kepada rakyat Malaysia sebelum ini.

“Kami mahu ia turut ditawarkan kepada kami dan rakyat Malaysia ketika ini,” Pua dilaporkan berkata demikian.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top