BM | EN | 中文

Tony Iskandar, pemain bass kumpulan Spider meninggal dunia

tony-spider.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 30 JUN: Pemain bass kumpulan rock terkenal tanah air, Spider, Tony Iskandar menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 2.30 pagi.

Perkara itu dimaklumkan melalui laman Facebook rasmi Luncai Emas dan kumpulan Spider.

“Sahabat kita Tony Iskandar/Tony Spider (Tony Alberto) telah kembali ke Rahmatullah,” menurut kiriman di laman facebook Luncai Emas.

Advertisement

“Salam. Marilah kita sama-sama memohon Allah Swt mengampunkan segala dosanya,dipermudahkan segala urusan dan ditempatkan bersama orang yang beriman. Al Fatihah,” menurut catatan di laman facebook rasmi Spider.

Sementara itu, Astro Awani melaporkan Allahyarham meninggal dunia ketika sedang berehat di studio rakaman Luncai Emas milik seniman Datuk M Nasir di Sungai Buloh.

Selain Allahyarham Tony, Spider yang merupakan antara kumpulan rock popular yang mendapat asuhan M Nasir turut dianggotai oleh Tam (vokalis), Nafie (pemain gitar), Aie (pemain gitar) dan Is (pemain bass).

Advertisement

Antara lagu popular kumpulan Spider ialah Relaku Pujuk, Kasih Latifah, Laukku Cukup Masin dan Nazraku.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top