BM | EN | 中文

TOMPOKAN MINYAK DIKESAN DI PULAU RAWA, MERSING

mersing-johor-pulau-rawa-tumpahan-minyak-sept-2019.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 SEPT: Tompokan sisa minyak dikesan di sepanjang jajaran Pulau Rawa, Mersing, Jumaat lalu, sekaligus menimbulkan ancaman terhadap pulau pelancongan yang terkenal dengan keindahan pantai dan kejernihan air lautnya.

Pengarah Jabatan Laut Wilayah Selatan, Dickson Dollah, berkata tompokan minyak itu disedari penduduk mencemari kawasan perairan dan ada yang melekat di kawasan pantai pulau berkenaan.

“Namun kerja pembersihan dilaksanakan serta-merta oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kluang, Pejabat Daerah Mersing, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan penduduk tempatan pada Jumaat lalu.

Advertisement

Sisa minyak yang dimasukkan dalam beg plastik yang dibersihkan di sepanjang jajaran Pulau Rawa, Mersing, Jumaat lalu

“Sebanyak 100 beg sisa minyak berjaya dikumpulkan di jajaran 800 meter pantai Pulau Rawa yang terjejas dan akan dilupuskan.

“Sehingga hari ini tiada lagi tompokan sisa minyak yang ditemui di pantai dan kawasan perairan berhampiran Pulau Rawa dan keadaannya terkawal.

“Namun Jabatan Laut sudah menghantar pasukan Melawan Tumpahan Minyak ke perairan Mersing hari ini untuk menyiasat sekiranya ada lagi baki tompokan minyak yang hanyut di sekitar kawasan perairan daerah berkenaan, ” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Advertisement

Terdahulu, BH Online melaporkan Dickson sebagai berkata, tompokan sisa minyak berkenaan dipercayai hanyut dari kawasan perairan yang dilalui kapal atau bot besar.

Beliau bagaimanapun berkata, siasatan lanjut akan dijalankan bagi membendung sisa minyak mencemari kawasan perairan di negeri ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top