BM | EN | 中文

Tolak penglibatan Adun pembangkang sertai JKTD, tindakan MB Johor mengecewakan

Dr-Ir-Hasni-Mohammad.jpg

Datuk Ir Hasni Mohammad (Gambar Fail)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 SEPT: Keputusan menteri besar (MB) Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berhubung penyertaan wakil-wakil rakyat pembangkang dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah (JKTD) adalah amat mengecewakan.

Pakatan Harapan (PH) Johor dalam satu kenyataan hari ini berkata, alasan Hasni terhadap penolakan ini ialah atas dakwaan JKTD sebagai platform pelaksana semata-mata dan bukan bersifat legislatif.

“Menurut logik MB, tiada keperluan bagi ADUN-ADUN pembangkang menyertai JKTD.

Advertisement

“Ironinya, Adun di pihak kerajaan sendiri pun telah menyertai mesyuarat JKTD ini bagi membawa isu-isu rakyat yang mereka wakili.

“Justeru, mengapa tidak Adun-Adun pembangkang? menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan Dzulkefly Ahmad, Adun Kota Iskandar, Jimmy Puah Wee Tse, Adun Bukit Batu dan Sheikh Umar Bagharib Ali, Adun Paloh.

Tambah mereka, MB harus sedar bahawa selain Adun bertindak sebagai penggubal dasar di Dewan Negeri, mereka turut merupakan seorang wakil rakyat.

Advertisement

“Mereka ada tanggungjawab untuk membawa suara dan isu rakyat di kawasan yang mereka wakili ke jawatankuasa di peringkat daerah yang bermesyuarat setiap bulan, tidak seperti Dewan Negeri yang hanya bersidang empat kali setahun.

“Oleh itu, demi memastikan seseorang Adun dapat menunaikan tugasan dengan berkesan, adalah imperatif untuk melibatkan Adun-Adun dalam mesyuarat JKTD,” katanya lagi.

Terdahulu, PH Johor mencadangkan satu Jawatankuasa Khas Dewan ditubuhkan berkaitan peruntukan kepada wakil-wakil rakyat yang perlu digazetkan menerusi Dewan Negeri.

Advertisement

Menurut PH Johor, draf dokumen yang disediakan itu boleh digubal dalam bentuk enakmen seterusnya dibentang dan dipersetujukan oleh ahli-ahli Dewan dalam sidang DUN Johor yang akan datang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top