BM | EN | 中文

Tolak Belanjawan 2021 jika tak manfaatkan rakyat

Muhamad-Taqiuddin.jpg
Advertisement

PONTIAN, 24 NOV: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) mencadangkan agar ahli-ahli parlimen mengambil pendirian tegas dan menolak Belanjawan 2021 yang dibentangkan sekiranya tidak membawa manfaat kepada rakyat.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Muhammad Taqiuddin Cheman berkata, penolakan terhadap Belanjawan 2021 adalah wajar sekiranya tiada pindaan dibuat.

Beliau berkata, belanjawan yang dibentangkan bersifat populis dengan angka gah untuk didengar, namun tidak mengambil kira pandangan disuarakan rakyat melalui ahli-ahli parlimen.

Advertisement

“Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sendiri telah memberikan ‘signal’ yang jelas menolak belanjawan dengan tidak mengambil bahagian dalam perbahasan dan hal ini menyebabkan kerajaan kekurangan satu sokongan ahli parlimen.

“Sedangkan penasihat Umno pun sudah mengambil pendirian tegas tentang keabsahan kerajaan PN, adakah Umno perlu mengambil sikap bertentangan dengan penasihatnya?

“Barisan Nasional (BN) dan Umno selama ini ‘dibuli’ oleh PN. Inilah masanya untuk Umno dan BN memberikan mesej jelas menolak kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menolak Belanjawan 2021,” katanya.

Advertisement

Taqiuddin yang juga Adun Pulai Sebatang berkata penolakan tersebut sebagai tanda aras sokongan yang jelas berhubung pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tambah beliau, belanjawan itu menjadi kebanggaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan jumlah terbesar dalam sejarah.

“Hakikatnya, unjuran pertumbuhan yang dibuat tidak masuk akal dan perbelanjaan yang dibentangkan tidak mampu memberi jalan keluar kepada negara dan rakyat berhadapan pandemik Covid-19.

Advertisement

“Perbahasan di parlimen juga dilihat seperti sukar bagi kerajaan melaksanakan pindaan dicadangkan pembangkang.

“Lebih malang lagi, Menteri Kewangan sendiri mengambil sikap ‘defensive’ dan membuat ugutan sekiranya belanjawan ini tidak diluluskan, maka penjawat awam akan terjejas.

“Ini adalah sikap tidak bertanggungjawab pihak kerajaan dan tidak menghormati institusi parlimen,” jelasnya.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top