BM | EN | 中文

Tolak ahli politik ‘perguna’ istana untuk kepentingan diri

Salahuddin-Ayub-Dewan-Rakyat-MP-Pulai.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 NOV: Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengingatkan agar tidak ada ahli politi yang mempergunakan pihak istana untuk kepentingan diri mereka sahaja.

Beliau berkata demikian semalam ketika membahaskan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat dan mengaitkan isu berkenaan dengan permintaan kerajaan yang mahukan darurat diadakan.

Katanya, terdapat pembaziran di dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan 6 November lalu terhadap beberapa sektor yang bukan keutamaan berhadapan pandemik Covid-19.

Advertisement

“Saya mahu menyatakan di sini, jangan ada ahli politik yang bergayut di pagar istana meraih simpati untuk kepentingan diri sendiri, ini kita tidak boleh izinkan.

“Yang DiPertuan Agung melihat kita berbahas secara objektif. Kita hanya mahu moratorium dilaksanakan, subsidi upah dilanjutkan.

“Apa yang rakyat perlukan hari ini diberikan dan sepatutnya selepas mendengar ucapan ahli-ahli parlimen, Menteri Kewangan memberi satu kenyataan yang pro rakyat.

Advertisement

“Beliau harus peduli dengan perkara ini dan Menteri Kewangan boleh membuat kenyataan untuk akur dengan moratorium.

“Tidak perlu rujuk kepada sesiapa pun hanya perlu melaksanakan polisi bukan mengugut. Rakyat sedang bertarung nyawa,” jelasnya.

Beliau yang merupakan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata secara moralnya kerajaan hari ini sudah pun jatuh.

Advertisement

Salahuddin merujuk amalan di negara-negara Komanwel apabila darurat yang dimohon oleh kerajaan telah ditolak oleh Yang DiPertuan Agung serta Majlis Raja-raja dan ia berlaku pertama kali dalam sejarah Malaysia.

“Pada 25 Oktober 2020, Yang DiPertuan Agung telah memberi keputusan menolak cadangan Perdana Menteri. Apa maknanya seorang Perdana Menteri yang nasihatnya ditolak oleh Yang DiPertuan Agung?

“Sebenarnya kerajaan yang ada hari ini telah jatuh. Itu amalan dalam parlimen Komanwel dan ia boleh dirujuk dengan negara-negara Komanwel yang lain,” jelasnya lagi.

Advertisement

Salahuddin turut mempertikaikan saiz kabinet yang begitu besar dan namun gagal memberi nasihat atau cadangan yang baik kepada Perdana Menteri.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top