BM | EN | 中文

TOK BAD MAHU JENAMA SEMULA BERJASA

BERJASA-e1572668922953.jpg
Advertisement

PONTIAN, 2  NOV : Presiden Berjasa, Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz membuat keputusan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai dengan strategik menjadikan parti itu pilihan remaja.

Badrulhisam atau dikenali sebagai Tok Bad di kalangan penyokongnya berkata, Berjasa wajar diremajakan kerana kebanyakan ahli dan penyokongnya terdiri dari remaja.

“Kita akan membuktikan bahawa kerja-kerja yang dilakukan oleh orang muda dapat meraih sokongan orang muda.

Advertisement

“Walaupun parti ini tidak kaya, tetapi kita berpengalaman kerana ditubuhkan sejak 1977 dan pernah memerintah Kelantan sepenggal. Melalui PRK Tanjung Piai, kita harap akan cipta sejarah untuk anak muda,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, beliau mahu menggunakan kempen melalui media sosial sebagai strategi kempennya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top