BM | EN | 中文

Toh Puan Rahah kembali ke rahmatullah

Toh-Puan-Rahah.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 DIS: Ibu kepada bekas perdana menteri Najib Razak, Toh Puan Rahah Mohamed Noh meninggal dunia petang ini.

Perkara itu dimaklumkan Najib dalam satu hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

Allahyarhamah Rahah merupakan balu kepada bekas perdana menteri kedua negara, Allahyarham Abdul Razak Hussein.

Advertisement

“Dukacita dimaklumkan Bonda saya, Tun Hajjah Rahah Mohamed Noah yang juga balu kepada bekas Perdana Menteri ke-2 Allahyarham Tun Haji Abdul Razak Hussein, telah pulang ke rahmatullah di Prince Court Medical Centre petang ini.

“Jenazah dibawa pulang ke kediaman arwah bonda hari ini dan akan dibawa ke Masjid Ar-Rahah pada hari esok untuk pengurusan jenazah sebelum dikebumikan di Masjid Negara,” kata Najib menerusi hantaran di laman Facebook beliau sebentar tadi.

Semalam, ibu kepada Ahli Parlimen Pekan itu yang dalam keadaan tidak sihat dan berada di hospital menerima kunjungan beberapa pemimpin negara termasuk daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa dan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Advertisement

Turut hadir menziarahi semalam pemimpin politik dari kerajaan dan pembangkang termasuklah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top