BM | EN | 中文

TNB rugi RM2.5 juta, dua premis kripto kewangan curi elektrik di Gelang Patah diserbu

voice.jpg

ISKANDAR PUTERI, 29 OGOS: Suruhanjaya Tenaga menyerbu dua premis di Jalan Sentral, Gelang Patah di sini semalam yang menjalankan kegiatan perlombongan mata wang maya atau kripto selepas disyaki mencuri bekalan elektrik sejak tiga tahun lalu.

Operasi bersepadu itu melibatkan Suruhanjaya Tenaga, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIK) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang bermula pada pukul 9.30 pagi.

Pengarah Suruhanjaya Tenaga Wilayah Johor, Nazlin Alim Sadikhi berkata, siasatan di premis pertama yang sudah menjalankan kegiatan itu sejak tiga tahun lalu mendapati, TNB kerugian kira-kira RM50,000 sebulan.

“Premis kedua beroperasi kira-kira dua tahun dan TNB kerugian RM30,000 sebulan. TNB kerugian kira-kira RM80,000 sebulan akibat kecurian elektrik melibat kedua-dua premis itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Ops Bersepadu Kecurangan Elektrik/Curi Elektrik Premis sekitar kawasan petadbiran MBIP di Gelang Patabh, semalam.

Nazlin berkata, pihaknya mendapati terdapat pendawaian haram dipasang di dua premis itu supaya elektrik dibekalkan terus dan tidak melalui meter TNB.

Beliau kesal dengan perbuatan itu kerana bil elektrik untuk kedua-dua premis berkenaan hanya sekitar RM30 hingga RM60 sebulan.

Pihaknya turut menemukan 100 mesin yang digunakan dalam kegiatan tersebut dalam premis pertama manakala 48 lagi dalam premis kedua.

“Mesin berkenaan beroperasi 24 jam sehari dan menggunakan tenaga elektrik yang tinggi,” ujarnya.

Katanya, Suruhanjaya Tenaga akan melakukan siasatan di bawah Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990, jika disabit kesalahan boleh didenda hingga RM1 juta dan 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top