BM | EN | 中文

TNB perlu beri penjelasan tentang kenaikan bil

TNB-Tenaga-Nasional-Berhad.png
Advertisement

BATU PAHAT, 22 MEI: Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) diminta memberikan penjelasan berikutan peningkatan harga pada bil elektrik bulanan yang diterima pengguna.

Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim berkata, beliau menerima banyak aduan berhubung peningkatan itu, yang mewujudkan suasana panik di kalangan orang ramai.

“Rakyat sudah tertekan dengan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

Advertisement

“Justeru itu tindakan TNB perlu jelas, bukan dengan memaparkan harga sedemikian sedangkan rakyat ketika ini rata-ratanya sedang mengikat perut akibat masalah ekonomi,” katanya.

Tambah beliau, TNB harus bertindak lebih berhemah untuk menjelaskan keadaan sebelum mengeluarkan bil semasa kepada pengguna.

“Rakyat akan panik sekiranya harga semasa yang dikeluarkan TNB begitu mahal untuk dibayar.

Advertisement

“TNB harus sama-sama membantu rakyat, bukan mewujudkan situasi panik dalam keadaan PKP ini berlangsung,” katanya lanjut.

Semakan Johorkini di laman Facebook rasmi TNB mendapati warganet turut membangkitkan persoalan berhubung kenaikan harga bil, selain mempamerkan bil bulanan pada ruangan komen.

Dalam pada itu, seorang pengusaha kedai elektrik di Taman Pulai Perdana 2, Mohd Hafizal Yusoff, 38, berkata tindakan TNB itu tidak sewajarnya dilakukan dalam keadaan majoriti masyarakat sedang membuat persediaan menyambut hari raya Aidil Fitri.

Advertisement

“TNB perlu melihat keadaan sekiranya mahu mengenakan caj terhadap pengguna agar perkara panik ini tidak berlaku.

Mohd Hafizal Yusoff

“Ramai di antara mereka sudah memenuhi kaunter TNB selepas bil tersebut dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Hafizal berkata, beliau turut panik selepas melihat bil elektrik yang diterimanya pada kadar tinggi sehingga beliau terpaksa ke pejabat TNB memohon penjelasan.

Advertisement

“Perkara itu membuatkan orang ramai menagih penjelasan, dan tidak menghiraukan penjarakan sosial seperti mana dinasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya mencadangkan agar TNB perlu membuat penyelarasan semula berkenaan bil-bil tersebut selain memberi kefahaman kepada orang ramai berkenaan dengan apa yang sedang berlaku,” katanya.

Sertai kumpulan telegram Johorkini untuk mengikuti berita dan isu-isu semasa di Johor

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top