BM | EN | 中文

TNB: PATUHI ATURAN KESELAMATAN ELEKTRIK DI MUSIM BANJIR

banjir.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 DIS: Orang ramai dinasihati supaya mematuhi segala aturan keselematan elektrik terutamaya penduduk yang terjejas dengan banjir.

Ketua Perkhidmatan Pelanggan (Bahagian Retail) Tenaga Nasional Bhd (TNB) Johor, Datuk Baderul Sham berkata ini termasuklah dengan mangsa-mangsa yang akan meninggalkan rumah mereka untuk berpindah sementara ke Pusat Penempatan Banjir.

“Pastikan suis utama ditutup selain segala peralatan-peralatan elektrik di asingkan daripada kawasan yang dilanda banjir dan ditempatkan di kawasan yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Advertisement

Beliau juga menasihati orang ramai supaya tidak menghampiri aset dan pepasangan TNB seperti tiang dan pencawang elektrik di sepanjang kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir.

Dalam pada itu, Datuk Baderul turut menasihati orang awam untuk hubungi TNB di talian 15454 jika terlihat wire dan pepasangan TNB yang terjatuh di sekitar kawasan berdekatan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top