BM | EN | 中文

TMJ2020: MASYARAKAT PERLU AMBIL PERANAN JADI JURUCAKAP NEGERI

8A937415-3088-4006-9734-CFDD8210850E.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 OGOS: Seluruh rakyat Johor sama ada yang bermastautin di negeri ini mahu pun yang berada di perantauan berperanan menjadi jurucakap bagi mempromosi Tahun Melawat Johor 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Liow Cai Tung berkata, kerajaan negeri ingin mengambil sikap lebih inklusif dengan melibatkan orang ramai dan anak jati negeri dalam kempen tersebut.

“Sebagai anak Johor, kita semua sepatutnya menjadi ‘spokesperson’ (jurucakap) dan memberikan imej yang terbaik bagi negeri Johor. 

Advertisement

“Saya amat berharap agar inisiatif Tahun Melawat Johor 2020 dapat menjadi satu acara yang disertai semua lapisan masyarakat dan menjadi satu ‘participatory event,” kata Cai Tung pada Majlis Perasmian Pra Pelancaran Tahun Melawat Johor di Paradigm Mall dekat sini, hari ini.

Katanya, kerajaan negeri dengan kerjasama Tourism Johor, agensi berkaitan bersama sepuluh pejabat daerah telah mengenalpasti 20 destinasi dan 20 acara pelancongan yang akan dipromosikan sepanjang kempen Tahun Melawat Johor 2020.

Advertisement

“Adalah niat dan usaha kami untuk mempromosikan lagi destinasi dan acara menarik di negeri ini selain 20 destinasi dan 20 acara pelancongan yang dikenalpasti oleh Tourism Johor dengan kerjasama agensi kerajaan dan sepuluh pejabat daerah

“Semoga kerjasama antara pihak kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan akan membawa kesan yang luar biasa bagi menjayakan kempen Tahun Melawat Johor Johor 2020 ini dan juga pada masa-masa yang akan datang,” katanya lagi.

Beliau yang juga Adun Johor Jaya berkata, kali terakhir negeri Johor mengadakan kempen Tahun Melawat Johor adalah pada 2003 iaitu 17 tahun lepas.

Advertisement

Justeru katanya, setiap pihak perlu sedar bahawa usaha untuk menjayakan Tahun Melawat Johor 2020 bukan sahaja tanggungjawab kerajaan negeri, tetapi tanggungjawab semua sebagai bangsa Johor, sama ada dari dari kalangan pelajar ke professional.

“Walaupun kita dibezakan dengan latar belakang berlainan, namun kita haruslah melihat dan berfikir dari perspektif yang sama iaitu agar negeri Johor dapat menikmati perkembangan industri pelancongan yang menyeluruh yang akan membawa kepada pembangunan ekonomi yang rancak demi kebaikkan rakyat.”

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top