BM | EN | 中文

TMJ2020: JANGAN LOKEK SENYUMAN, PESAN MB

6B7B97A9-44F8-4541-AF66-CF29DF21F433.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 OGOS: Menjaga kebersihan persekitaran, prihatin, tidak lokek dengan senyuman selain membantu pelancong yang memerlukan pertolongan antara elemen yang perlu diterapkan oleh rakyat negeri ini sepanjang kempen dan berlangsungnya Tahun Melawat Johor 2020.

Demikian pesanan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Liow Cai Tung pada Majlis Perasmian Pra Pelancaran Tahun Melawat Johor di Paradigm Mall dekat sini, hari ini.

Advertisement

“Ada dua perkara yang saya ingin ingatkan kepada semua masyarakat, adalah supaya sentiasa menjaga kebersihan negeri kita dan pastikan kita sentiasa mesra.

“Sebagai anak Johor, kita semua sepatutnya menjadi ‘spokesperson’ (jurucakap) dan memberikan imej yang terbaik bagi negeri Johor,” kata Cai Tung

Sementara itu Dr Sahruddin berkata, kedua-dua program besar yang akan berlangsung, iaitu Tahun Melawat Johor dan Sukma 2020 adalah peluang untuk memperkenalkan warisan, keindahan dan khazanah di negeri ini.

Advertisement

Justeru itu, semua pihak perlu memberikan kerjasama dalam usaha kerajaan meningkatkan imej negeri, sekaligus menjayakan kempen yang dirancang.

“Saya ingin mengajak seluruh rakyat Johor mendasari kesungguhan kita bagi dua acara besar bagi tahun 2020 sebagai persediaan para pelancong yang kian meningkat.

“Masyarakat perlu turut serta mengamalkan budaya mesra pelancong dan menjaga kebersihan.”

Advertisement

Tambahya, nilai murni itu sewajarnya diamalkan sepanjang masa, dan rakyat di negeri ini harus menggiatkannya dengan menjadikan kempen Tahun Melawat Johor 2020 sebagai permulaan.

“Ia amat penting bagi mengambarkan imej masyarakat kita di peringkat antarabangsa,” kata Dr Sahruddin yang juga Adun Bukit Kepong.

Advertisement

Dalam pada itu katanya, pengendali kenderaan awam dan e-hailing seperti teksi dan Grab berperanan sebagai duta kecil bagi mempromosi Tahun Melawat Johor 2020.

“Kepada agensi pengangkutan dan penginapan, janganlah mengambil kesempatan bagi memenuhi keuntungan jangka pendek, kerana ia memberi kesan yang menyeluruh dalam jangka masa panjang.

“Kepada pemandu teksi dan e-hailing, mainkanlah peranan anda sebagai duta kecil pelancongan negeri Johor.

Advertisement

“Ini kerana pengalaman pelancong sentiasa menjadi kenangan dan ingatan di negara mereka

“Jika kenangan itu manis, maka ia akan indah, begitu juga dengan sebaliknya,” pesannya lagi.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top