BM | EN | 中文

TMJ ucap tahniah kepada Muhamad Farkhan

tinju-01-scaled.jpg

TMJ bersama Muhamad Farkhan yang dinobatkan selaku Juara Antara Benua, Persekutuan Tinju Antarabangsa.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 31 DIS : Pemangku Raja, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan tahniah kepada peninju kelahiran Johor, Muhamad Farkhan Haron yang dinobatkan selaku Juara Antara Benua, Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF).

Menerusi perkongsian di Facebook HRH Crown Prince of Johor, baginda kejayaan Muhamad Farkhan itu telah mengharumkan nama negeri Johor.

“Tahniah saya ucapkan kepada Muhamad Farkhan Haron, peninju kelahiran Johor yang baharu sahaja dinobatkan selaku Juara Antara Benua, Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF).

Advertisement

“Kejayaan meraih satu lagi kejuaraan ini telah mengharumkan serta membawa nama Negeri Johor di mata dunia. ALLAH Berkati Johor,”titah baginda menerusi status yang dimuatnaik, semalam.

Terdahulu, Muhamad Farkhan menewaskan peninju Tanzania, Pascal Abel Ndomba dalam pertandingan merebut tali pinggang tersebut yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada pada kelmarin.

Muhammad Farkhan juga merupakan juara Majlis Tinju Dunia (WBC) Asia Light Heavyweight Champion dan Asian Boxing Federation (ABF) Cruiserweight Championship.

Advertisement

Kejayaan tersebut sekali lagi mengharumkan nama beliau di persada dunia yang turut membawa nama baik negeri Johor dan negara Malaysia.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top