BM | EN | 中文

TMJ titah pesakit bukan Covid-19 disumberluar ke hospital swasta secara berperingkat

TMJ-titah-pesakit-bukan-Covid-19-disumberluar-ke-hospital-swasta-secara-berperingkat.jpg

HRH Crown Prince of Gambar Ehsan FB Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 OGOS: Tunku Mahkota Johor, (TMJ) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bertitah agar pengurusan situasi Covid-19 ditambahbaik dan penyumberan luar pesakit bukan Covid-19 ke hospital swasta dimulakan secara berperingkat.

Dalam hantaran di laman Facebook baginda, langkah itu bagi meringankan bebanan terhadap sistem kesihatan awam.

Terdahulum baginda meneria mengadap Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, Vidyananthan Ramanadhan, Pengarah JKNJ, Datuk Dr Aman Rabu, Datuk Prof Adeeba Kamarulzaman dan Dr Dhesi Baha Raja.

Advertisement

Pertemuan itu diadakan susulan tular di media sosial mengenai keadaan pusat kuarantin pesakit Covid-19 di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Hasil daripada perjumpaan ini, baginda menitahkan agar pesakit bukan Covid-19 dari Hospital Sultan Ismail dipindahkan ke Hospital Columbia Asia, manakala pesakit dari Hospital Sultanah Aminah akan dipindahkan ke Hospital KPJ.

“YAB Menteri Besar Johor juga telah mengumumkan penambahan katil di wad Covid-19 Hospital Sultan Ismail dan kemudahan khemah di hadapan Jabatan Kecemasan dan Trauma akan ditambah baik,” titah baginda.

Advertisement

Dalam pada itu inisiatif baru, IPA-C (INISIATIF PEMIMPIN ADVOKASI COVID-19) akan dilaksanakan melalui kerjasama kerajaan negeri Johor, Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan pemimpin-pemimpin komuniti tempatan.

“Objektif inisiatif ini adalah untuk mencegah penularan wabak COVID-19 dengan mengutamakan konsep tanggungjawab Collective Responsibility dalam menggerakkan dan memperkasakan komuniti, memantapkan konsep RISK Communication yang berkesan untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dan memperkukuhkan usaha-usaha pemantauan terhadap pematuhan SOP.

“Proses vaksinasi juga harus dipercepatkan dan sentiasa dipantau oleh agensi-agensi dan pihak berkuasa agar proses vaksinasi dapat dijalankan secara baik, cepat, selamat dan tidak membebankan rakyat yang datang ke PPV.

Advertisement

“Selain daripada mempercepatkan proses vaksinasi, kita juga perlu beri tumpuan kepada pesakit Covid-19 supaya mereka mendapat jagaan rapi yang sebaiknya,” titah baginda lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top