BM | EN | 中文

TMJ terima mengadap Nooh Gadot dan Kadi Besar Negeri Johor yang baharu

tmj-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 JAN: Pemangku Raja, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadot di Istana Bukit Pelangi, di sini Khamis lalu.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Tunku Mahkota Ismail, pertemuan itu turut melibatkan Kadi Besar Negeri Johor yang baharu, Muhammad Husni Tamrin Md Sharif.

Menurut kenyataan itu, pertemuan tersebut bertujuan untuk membincangkan hal ehwal Agama Islam di negeri ini.

Advertisement

Dalam satu kenyataan berasingan, Tunku Mahkota Ismail turut berkenan menerima mengadap Konsul Jeneral Singapura di Johor Bahru yang baharu, Jeevan Singh.

Pertemuan itu turut berlangsung di Istana Bukit Pelangi, di sini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top