BM | EN | 中文

TMJ tawar diri bantu skuad Harimau Malaya

tmj_Tunku-Ismail-Sultan-Ibrahim.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 15 JUN: Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim ingin memikul tugas dalam skuad Harimau Malaya bagi membawa pasukan bola sepak kebangsaan itu mencapai kejayaan lebih besar.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi beberapa hantaran pada ruangan Insta Story dalam laman Instagram bertitah baginda akan menyediakan kemudahan latihan dan jurulatih terbaik untuk pasukan.

“Kepada Presiden FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), izinkan saya memikul tanggungjawab dalam skuad kebangsaan.

Advertisement

“Saya tidak menjanjikan kejayaan segera. Tetapi saya boleh menjamin peningkatan (prestasi pasukan),” titahnya merujuk kepada Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin.

“Sasaran realistik, selangkah demi selangkah. Setiap langkah positif adalah bonus. Jika hasilnya tidak bagus, kita akan bekerja keras,” titah baginda.

TMJ bertitah, pada masa ini apabila pergi (beraksi) untuk tugasan pasukan kebangsaan bukan lagi misi atau tugas bagi sesetengah orang, tetapi ia seperti percutian musim panas.

Advertisement

Baginda juga menyarankan sistem perlu diubah dengan tidak memberikan status naturalisasi kepada mana-mana pemain asing dengan sewenang-wenangnya pada masa hadapan.

“la akan dikawal dan dianalisis oleh pasukan teknikal skuad kebangsaan…sama ada pemain itu sesuai dengan gaya permainan skuad negara,” titahnya.

Bekas Presiden FAM itu juga mempersoalkan mengapa pemain boleh beraksi dengan balk bersama kelab masing-masing tetapi gagal untuk menonjol dengan pasukan kebangsaan.

Advertisement

Tunku Mahkota Johor itu bertitah walaupun menjulang 17 trofi kernenangan, pemain JDT di bawah pimpinannya, bermain pada setiap permainan seolah-olah tidak memenangi apa-apa, dengan intensiti, disiplin dan fokus.

“Anda ingin tahu apa perkara pertama yang saya lakukan dalam JDT? Saya kawal akses pasukan daripada media, wartawan, syarikat malah penggunaan media sosial pemain. Keeksklusifan secara total yang membolehkan pemain lebih fokus pada tugas mereka,” titahnya.

Skuad Harimau Malaya berdepan kritikan selepas tewas 0-4 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam 1-2 pada aksi Kumpulan G pusingan kedua kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 baru-baru ini.

Advertisement

Tidak mampu memberikan hasil yang diharapkan walaupun mempunyai tiga pemain naturalisasi – Mohamadou Sumareh, Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi – dalam skuad itu, menambahkan kekecewaan dalam kalangan penggiat dan peminat bola sepak tanah air.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top