BM | EN | 中文

PEMANGKU RAJA JOHOR SEMPURNAKAN PADANG ‘RUMAH’ BAHARU JDT

JDT.jpg
Advertisement

 

ISKANDAR PUTERI, 5 SEPT: Gelanggang baharu kelab bola sepak gergasi negara, Johor Darul Ta’zim FC (JDT), disempurnakan pemilik kelab tersebut, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, yang menanam sendiri kepingan rumput terakhir di stadium baharu kelab itu.

Pemangku Raja Johor tersebut semalam berkenan menanam kepingan terakhir rumput ‘Zoysia Zeon’ bagi menyempurnakan permukaan padang Stadium Sultan Ibrahim Larkin, di Gelang Patah, yang dijangka siap dibina tidak lama lagi.

Advertisement

Rumput ‘Zoysia Zeon’ merupakan rumput tiruan yang diimport dari Jepun.

“DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja telah menanam kepingan terakhir rumput Zoysia Zeon di Stadium Sultan Ibrahim yang akan siap sepenuhnya tidak lama lagi di Iskandar Puteri selepas merasmikan Ibu Pejabat JDT yang terletak bersebelahan dengan Stadium. Luaskan Kuasamu Johor,” menurut kenyataan yang dimuatnaik dalam satu kemaskini di halaman Facebook rasmi JDT.

Stadium Sultan Ibrahim Larkin menjadi stadium ketiga di Asia Tenggara yang menggunakan rumput ‘Zoysia Zeon’, selepas Stadium Nasional Singapura dan juga Stadium Utama Gelora Bung Karno, gelanggang pertemuan skuad Harimau Malaya malam ini yang akan turun bertemu skuad Indonesia dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022.

Advertisement

Tunku Ismail sebelum ini berkata beliau mahu stadium baharu JDT ini menjadi stadium yang tercanggih di Asia Tenggara.

Kemaskini Facebook Johor Southern Tigers tersebut tersebut mendapat sambutan menggalakkan dari warganet – dengan 6,100 like, 416 komen serta 112 share – setakat artikel ini diterbitkan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top