BM | EN | 中文

TMJ rasmi Tunku Mahkota Ismail Youth Centre

Tunku-Mahkota-Ismail-Youth-Centre.jpg

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan merasmikan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Southern Volunteers, di Hutan Bandar hari ini.Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad, Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi serta Datuk Bandar Johor Bahru Datuk Adib Azhari Daud.TMIYC merupakan platform bagi komuniti belia menjalankan aktiviti rekreasi dan beriadah secara santai, berkeluasan 6.07 hektar dengan menempatkan 11 kemudahan antaranya Canopy Walk, Youth Centre, Mountain Bike Trails dan Parkour Park.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 DIS: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan merasmikan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Southern Volunteers, di Hutan Bandar di sini, semalam.

Berangkat sama ke majlis berkenaan isteri baginda, Che’ Puan Khaleeda Bustamam.

Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad, Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi serta Datuk Bandar Johor Bahru Datuk Adib Azhari Daud.

Advertisement

TMIYC yang merupakan platform bagi komuniti belia menjalankan aktiviti rekreasi dan beriadah secara santai itu berkeluasan 6.07 hektar dengan menempatkan 11 kemudahan antaranya ‘Canopy Walk’, ‘Youth Centre’, ‘Mountain Bike Trails’, ‘Parkour Park’, ‘Kiddo Ground’ serta ‘Skatepro’.

Hasni ketika berucap pada majlis berkenaan berkata kerajaan Johor sentiasa komited dalam usaha merangka dan melaksana pelbagai program bagi memperkasa golongan muda khususnya belia di negeri ini.

Beliau berkata perasmian TMIYC hari ini, merupakan langkah pertama bagi penubuhkan TMIYC di daerah-daerah lain di Johor.

Advertisement

Katanya, pembangunan TMIYC siap sepenuhnya pada Julai lepas dan ia diserahkan kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) secara berperingkat, mulai 17 Dis.

“Di Johor terdapat lebih 1.5 juta orang muda yang berusia antara 14 hingga 39 tahun, Kita akan sentiasa membela, menyokong dan menyerlahkan bakat-bakat terbaik orang muda untuk negeri kita dan Malaysia.

“Kerajaan negeri dalam Belanjawan Johor 2021 telah memperuntukkan sebanyak RM57.3 juta untuk melaksanakan pelbagai inisiatif berkaitan dengan nadi orang muda Johor,” katanya.

Advertisement

Beliau dalam pada itu berkata, pihaknya akan mewujudkan sebuah pangkalan data belia Johor dengan peruntukan RM500,000 menerusi agenda Johor Digital.

Pangkalan data tersebut katanya, akan membekalkan maklumat komprehensif berkaitan golongan belia kepada pembuat dasar negeri.

Mengenai Southern Volunteers, Hasni berkata ia mampu menjadi pemangkin pembentukan budaya kesukarelaan dalam kalangan Bangsa Johor.

Advertisement

Menurutnya, Southern Volunteers juga bakal menjadi gerakan besar-besaran di peringkat akar umbi dan menggalas tanggungjawab dalam menjalankan misi kemanusiaan membantu golongan memerlukan sama ada di peringkat akar umbi mahupun luar negara.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top