BM | EN | 中文

TMJ nafi mahu Bojan Hodak dilantik pengendali Harimau Malaya

bojan-hodak.jpg

Gambar Ehsan Stadium Astro

ISKANDAR PUTERI, 23 DIS: Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), menafikan beliau mahu Bojan Hodak dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya.

Perkara itu ditegaskan baginda mengulas kenyataan bekas pemain kebangsaan Hairuddin Omar di laman Facebook yang mengatakan Tunku Ismail pernah mengatakan Bojan menjadi pilihannya untuk menjadi ketua jurulatih sekiranya diberikan peluang menguruskan pasukan negara.

Menerusi laman Story Instagram miliknya Tunku Ismail menegaskan, baginda tidak berhasrat untuk mencampuri urusan pengurusan skuad kebangsaan yang ketika ini hebat dikritik peminat tempatan ekoran kegagalan di saingan Piala Suzuki AFF 2020.

“Tidak benar! Saya tiada kena mengena dengan pasukan kebangsaan dan tiada pendapat.

“Buat masa ini keutamaan dan tumpuan saya adalah membantu mangsa banjir dan membuat persiapan jikalau Johor banjir. Terima kasih,” katanya di Story Instagram miliknya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Hairuddin berkongsi di laman sosial satu cerita ketika menghadap Tunku Ismail dan bertanyakan mengenai jurulatih mana yang menjadi pilihannya sekiranya menguruskan skuad kebangsaan.

Sebelum itu, bekas penyerang kebangsaan, Hairuddin Omar menerusi laman Facebooknya mendedahkan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah mengatakan bahawa beliau bakal melantik Bojan Hodak selaku jurulatih skuad kebangsaan.

Menurut satu kenyataan di laman sosial Facebook Hairuddin, ketika ditanya berhubung perkara berkenaan, TMJ menjelaskan bahawa keputusan untuk melantik Bojan dibuat kerana merasakan jurulatih berkenaan sesuai berada pada posisi berkenaan (jurulatih).

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top