BM | EN | 中文

TMJ minat taja Hafizh Syahrin

hafizh-syahrin.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 6 JUN: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menarik perhatian peminat sukan permotoran tanah air apabila menzahirkan minat untuk menaja pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah.

Tunku Ismail bertitah demikian dalam reaksi balasnya terhadap satu soalan yang dilontarkan seorang pengguna Instagram sama ada baginda berminat untuk menaja Hafizh, yang mewakili pasukan NTS RW Racing GP ketika ini.

“Saya berminat,” demikian reaksi ringkas pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) terhadap soalan berkenaan dalam sesi soal jawab di laman Instagram baginda malam kelmarin.

Advertisement

Pelumba berusia 27 tahun itu kini menduduki tangga ke-21 dengan kutipan lapan mata dalam kedudukan pelumba bagi saingan Moto2 musim 2021.

Hafizh merekodkan keputusan terbaiknya musim ini Ahad lalu apabila menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan dalam Grand Prix (GP) [tali pada saingan yang berlangsung di Sirkit Mugello.

Walaupun memulakan perlumbaan dari tempat ke-20, pelumba kelahiran Selangor itu, melakukan tungganggan cemerlang untuk memintas seorang demi seorang pelumba, untuk berada di tempat kelapan pada pusingan terakhir.

Advertisement

Bagaimanapun Hafizh, dipintas pelumba pasukan American Racing Dream, Cameron Beaubier di garisan penamat, sekali gus menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan, 34.849 saat di belakang pelumba Red Bull KTM Ajo Remy Gardner yang memenangi perlumbaan dengan catatan masa 39 minit dan 17.667 saat.

Rakan sepasukan Remy, Raul Fernandez (+0.014) di tempat kedua, manakala pelumba Sky Racing Team Marco Bezzecchi (+8.021), ketiga.

Hafizh masih boleh berbangga dengan penambahbaikan motosikalnya, dengan buat kali pertamanya menamatkan perlumbaan dalam kalangan 10 terbaik, sejak menyertai pasukan itu musim ini dan membawa pulang tujuh mata.

Advertisement

Hafizh dijadual beraksi pada pusingan ketujuh saingan Moto2 di GP Catalunya di Barcelona, Sepanyol, dengan sesi kelayakan akan dijalankan malam ini manakala perlumbaan pula malam ini.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top