BM | EN | 中文

TMJ MAHU STADIUM SULTAN ISKANDAR LARKIN TERBAIK DI ASIA TENGGARA

E301F897-74DD-446C-9A1D-C7A9B3BFD0AD.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 OGOS: Stadium baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan dilengkapi dengan padang yang berkualiti serta fasiliti berkelas dunia untuk meningkatkan lagi kemampuan pasukan selain menjadi stadium terbaik di Asia Tenggara.

Pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, elemen ini merupakan kunci kepada peningkatan kualiti sesebuah kelab.

Gelanggang baharu JDT itu, yang terletak di Iskandar Puteri,  dijangka siap selewat-lewatnya Januari 2020, yang akan digunakan pasukan tersebut dalam misi mencipta rekod baharu bola sepak tanah air bagi merekodkan kejuaraan Liga Super Malaysia buat kali ketujuh berturut-turut.

Advertisement

“Saya nak stadium ini jadi terhebat di Asia Tenggara…nombor satu terbaik, selain diiktiraf oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan FIFA,” Tunku Ismail berkata kepada wartawan selepas aksi persahabatan antara Pilihan TMJ dan Team Media FC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Pemangku Raja Johor tersebut juga menyeru semua pasukan dan kelab memberi penekanan dalam aspek penyediaan padang berkualiti tinggi serta pusat latihan yang lengkap.

Tunku Ismail turut menamakan pasukan Selangor dan Terengganu FC sebagai contoh terbaik pasukan bola sepak tempatan yang mengambil langkah positif bagi menaik taraf pusat latihan selain menumpukan fokus terhadap penjagaan kualiti padang dengan bajet berpatutan.

Advertisement

Tunku Ismail bagaimanapun berkata setiap pasukan mempunyai inisiatif tersendiri dalam meningkatkan keupayaan masing-masing, namun berharap pemilik mahupun persatuan negeri meletakkan sukan itu sebagai keutamaan bagi terus memajukan bola sepak di negara ini.

“Saya harap kita sama-sama dapat majukan bola sepak Malaysia macam mana yang dah dibuat Selangor (Persatuan Bola Sepak Selangor) dan TFC, saya ucapkan syabas kepada mereka.

“Saya berharap banyak lagi pasukan akan ikut benda sama dengan bajet antara RM1 dan 2 juta. Tidak perlu terlampau mahal tetapi pastikan ia digunakan bagi mendapatkan kualiti padang dan juga pusat latihan yang bagus,” katanya lagi.

Advertisement

 

Sumber: Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top