BM | EN | 中文

TMJ, lagenda dunia bincang bola sepak Asia secara digital Khamis ini

tunku-ismail-TMJ-Johor.jpg

Gambar Ehsan FB HRH Crown Prince Of Johor

JOHOR BAHRU, 29 NOV: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menjadi penceramah undangan dalam perbincangan meja bulat secara digital bersama-sama legenda bola sepak dunia Ryan Giggs, Gary Neville dan Nicky Butt pada Khamis ini.

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dan ketiga-tiga bekas pemain Manchester United berkenaan akan berkongsi pengalaman mengenai latihan dan teknologi berkaitan bola sepak di Asia.

Menerusi Facebook rasmi Johor Southern Tigers, perbincangan meja bulat bertajuk ‘World Class Training with Man United Legends” itu akan diadakan secara maya pada pukul 5.30 petang, 2 Dis.

Menurut kelab bola sepak itu, Tunku Ismail dijemput untuk berkongsl mengenal kelab JDT termasuk fasiliti kelas dunia kelab berkenaan dan Akademi JDT.

“Sesi ini juga bertujuan untuk menunjukkan kepada pemain, jurulatih, pelatih dan ibu bapa tentang apa yang diperlukan untuk berada pada peringkat elit.

Program dua hari anjuran ZujuGP, sebuah laman penstriman dalam talian untuk menghubungkan individu-individu dalam bola sepak kepada peminat seluruh dunia ini, juga bakal menyaksikan legenda bola sepak berbincang mengenai perkara berkaitan Manchester United pada hari Rabu (1 Dis) kata kelab itu.

Semua sesi akan ditayangkan secara langsung menerusi laman Facebook ZujuGP.

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top