BM | EN | 中文

TMJ harap kadar vaksinasi di Johor dipertingkat kepada 70,000 dos sehari

tunku-ismail-tunku-mahkota-johor-TMJ.jpg

Gambar Ehsan FB HRH Crown Prince of Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 OGOS: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah agar kadar vaksinasi di negeri ini dapat dipertingkatkan kepada 70,000 dos sehari, supaya imuniti kelompok boleh dicapai Iebih awal.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda HRH Crown Prince of Johor semalam, baginda bertitah kadar jangkitan COVID-19 di negeri ini, dilaporkan semakin meningkat ketika ini.

“Kadar vaksinasi di Johor kini sebanyak 50,000 dos sehari. Bagaimanapun, kadar jangkitan COVID-19 di Johor kini berada di tahap yang amat membimbangkan.

Advertisement

“Memandangkan situasi ini, saya berpendapat bahawa kadar vaksinasi perlu dipertingkatkan lagi sehingga 70,000 dos sehari, secepat mungkin.

“Dengan varian Delta yang sangat berjangkit ini sedang menular, hanya vaksinasi yang dapat membendung wabak ini secara berkesan.
“Kesihatan dan keselamatan rakyat mesti sentiasa diutamakan; titah baginda.

Johor merekodkan 1,162 kes baharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di negeri ini sebanyak 95,387 dengan 1,014 kematian.

Advertisement

Tunku Ismail turut mencadangkan supaya Operasi Lonjakan Kapasiti bagi meningkatkan kadar pemberian vaksinasi dan membendung penularan jangkitan, turut dilaksanakan di Johor.

Isnin lepas, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, Operasi Lonjakan Kapasiti bermula 26 Julai hingga 1 Ogos tahun ini, berjaya mempertingkatkan jumlah penduduk dewasa di Lembah Kiang menerima suntikan vaksin dos pertama, dengan sebanyak 1,655,217 janji temu dikeluarkan dalam tempoh pelaksanaannya.

Operasi Lonjakan Kapasiti dilaksanakan sebagai usaha untuk memastikan setiap individu dewasa di Kuala Lumpur dan Selangor, menerima sekurang-kurangnya satu dos menjelang 1 Ogos.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top