BM | EN | 中文

TMJ berkenan sumbang 100 kerusi roda untuk PPV Johor – Exco

kerusi-roda-TMJ-PPC-Onn-Hafiz-Ghazi.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 JUN: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menyumbang 100 buah kerusi roda untuk diagihkan kepada 46 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri itu.

Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata daripada jumlah itu, 10 unit dikhususkan untuk PPV di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini yang dijadikan sebagai PPV AstraZeneca bermula Selasa ini.

“Sukacita saya maklumkan bahawa DYAM Tunku Mahkota Johor berkenan mengurniakan 100 kerusi roda untuk pusat-pusat Vaksinasi seluruh negeri Johor melalui Southern Volunteers.

Advertisement

“Kerusi-kerusi roda ini adalah untuk kegunaan warga emas dan mereka yang keuzuran. Semoga bantuan ini dapat memberi manfaat kepada warga Johor secara keseluruhan.

“Selain itu, sukacita saya maklumkan bahawa seramai 1,000 orang Southern Volunteers sudah digerakkan untuk membantu pusat-pusat vaksinasi dengan sokongan padu JBS, DO dan YDP seluruh negeri,” menurut kenyataan yang dimuat naik ke laman Facebook Onn Hafiz.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, seramai 1,000 sukarelawan ‘Southern Volunteers’ akan digerakkan kesemua PPV di Johor minggu depan, bagi membantu kelancaran proses pemberian vaksin.

Advertisement

“Untuk pusat vaksinasi Persada yang akan beroperasi pada hari Isnin ini, seramai 120 orang sukarelawan Southern Volunteers akan membantu.,” ujarnya.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top