BM | EN | 中文

TMJ berkenan beri sumbangan kepada usaha kebajikan Ebit Lew

tmj-ebit-liew.jpg

Gambar Ehsan FB HRH Crown Prince of Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 FEB: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan memberikan sumbangan kepada usaha kebajikan Ustaz Ebit Lew, supaya dapat membantu lebih ramai rakyat yang memerlukan.

Menerusi hantaran berserta gambar yang dimuat naik dalam laman Facebook HRH Crown Prince of Johor semalam, Tunku Ismail berkenan menerima menghadap pendakwah berkenaan.

“Sejak kebelakangan ini, beliau sering menolong rakyat terutamanya golongan asnaf dan daif yang memerlukan bantuan dengan sumbangan dan usaha-usaha kebajikan.

Advertisement

“Antara aktiviti-aktiviti sumbangan yang paling saya kagumi adalah usaha beliau dalam membantu rakyat dengan peralatan perubatan, bekalan makanan dan barang keperluan asas.

“Saya juga telah memberi sumbangan kepada usaha kebajikan Ustaz Ebit Lew, agar beliau dapat membantu lebih ramai lagi rakyat yang memerlukannya,” menurut Tunku Ismail menerusi hantaran berkenaan.

Tunku Ismail turut berharap, Ebit Lew selalu dirahmati dan diberkati Allah.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top