BM | EN | 中文

TMJ belum berputus asa untuk beli kelab Sepanyol, Valencia

TMJ-Valencia.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 MAC: Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi memberikan bayangan untuk mengambil alih kelab dari Sepanyol, Valencia.

Melalui ciapan di laman Twitternya pada Rabu dan Khamis, Tunku Ismail tampak masih belum mengalah untuk memiliki pegangan dalam Valencia.

Walaupun tidak menyebut secara jelas ciapannya itu mengenai mana-mana kelab, namun ramai yang beranggapan ia berkaitan dengan Valencia.

Advertisement

Malah, ciapan yang dibuat TMJ itu turut mendapat banyak reaksi daripada warga Sepanyol dan ada yang berharap impian beliau memiliki kelab itu menjadi kenyataan.

“Saya ada ramai rakan dalam bola sepak. Namun, tiada siapa yang mengetahui pelan dan niat saya. Orang pertama yang akan tahu adalah pasukan saya, dan juga penyokong.

“Penyokong berhak tahu kerana kelab ini milik anda. Saya boleh memiliki pegangan, tetapi kelab tetap milik penyokong. Saya hanya sekadar penjaga.

Advertisement

“Ia adalah pendapat peribadi dan mengenai prinsip, terutama sebagai orang asing dan jika saya memiliki pegangan.

“Tanggungjawab saya adalah untuk memastikan kelab memberi cabaran pada tahap terbaik kerana kelab ini kaya dengan sejarah dan seharusnya berada di kedudukan sepatutnya, supaya rakyat di bandar ini boleh berbangga,” menurut ciapan Tunku Ismail.

Menerusi satu lagi ciapan, TMJ menjelaskan beliau tidak akan membazirkan wang jika tidak percaya projek itu boleh dilakukan.

Advertisement

“Pertama, saya bukan ahli perniagaan. Mengapa perlu saya bazirkan wang dan belanjakan di negara asing. Jika saya melakukannya, ia kerana cabaran dan projek yang saya percaya,” katanya.

Sebelum ini, perkongsian TMJ di laman Instagram mengenai kemungkinan bakal membeli Valencia mendapat perhatian meluas termasuk media Sepanyol.

Terdahulu, BH Online melaporkan Murthy sebagai berkata pemilik Valencia, Peter Lim tiada hasrat untuk menjual kelab itu.

Advertisement

Spekulasi TMJ berminat untuk memiliki Valencia sebenarnya sudah mula muncul beberapa tahun lalu selepas beliau mengadakan pertemuan bersama Lim.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top