BM | EN | 中文

TMJ bagi bunga, McD dan belon kepada MB Kedah

sanusi.png
Advertisement

ALOR SETAR, 15 NOV: Selepas ‘perang mulut’ antara pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menghangatkan pertembungan di Alor Setar yang berakhir 0-0 itu, ceritanya lebih menarik.

Terbaru, Sanusi memberitahu berkenaan kiriman bunga dan set makanan segera yang diterimanya daripada pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu di laman Facebook beliau.

“Menjunjung Kasih TMJ HRH Crown Prince of Johor atas kiriman bunga dan McD… hari khamis ni kita berentap lagi.

Advertisement

“Kalah, seri atau menang adalah adat perlawanan… kasi panas line tu wajib laaa,” katanya menerusi hantarannya.

Terdahulu kedua-duanya berbalas kenyataan, bermula dengan sindiran Tunku Ismail berhubung isu tunggakan gaji pasukan Kedah, yang mempersoalkan apakah ia hanya akan dibayar jika bertemu dengan JDT.

Perkara itu dinafikan Sanusi dalam sidang media, menyatakan bahawa Kedah membayar gaji pemainnya.

Advertisement

Dalam pertemuan pertas suku akhir pertama Piala Malaysia kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan menyaksikan peluang masih terbuka untuk merebut slot ke separuh akhir.

Perlawanan suku akhir kedua akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Khamis ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top