BM | EN | 中文

TMJ 2020 dan SUKMA 2020: Usahawan tempatan terlibat aktif

Sheikh-Umar-Bagharib-Ali-2.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 JAN: Kerajaan negeri bakal melibatkan usahawan pengusaha kecil dan sederhana (PKS) secara aktif dalam program anjuran kerajaan tahun ini iaitu Tahun Melawat Johor (TMJ) 2020 dan Sukan Malaysia (SUKMA) 2020.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Sains dan Teknologi negeri, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, penglibatan usahawan dalam itu akan dibuat dal pelbagai bentuk khususnya melalui vendor dan karnival.

“Dalam usaha membangunkan PKS tempatan, sepanjang berlangsungnya program ini kami akan memberi keutamaan kepada usahawan dan produk tempatan.

Advertisement

“Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor (MPUNJ) telah merencana beberapa program buat usahawan sempena dua program besar yang bakal berlangsung tahun ini.

“Kami juga bakal membuat saringan terhadap produk tempatan yang ingin diketengahkan sepanjang SUKMA 2020 dan TMJ 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor yang diadakan di Kota Iskandar, di sini semalam.

Advertisement

Sementara itu, Sheikh Umar turut memaklumkan beberapa program lain melibatkan usahawan tempatan yang bakal berlangsung tahun ini.

“Antara program utama melibatkan usahawan tempatan pada tahun ini termasuklah Festival Islam Antarabangsa yang dijadualkan pada Mac ini,” ujarnya.

Tambah beliau, kerajaan negeri akan tetap melaksanakan program Geran Orang Lokal (GOL) pada tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta,” tambahnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top