BM | EN | 中文

Tipu wanita, lelaki menyamar ‘Datuk Seri Panglima’ didakwa di mahkamah Johor Bahru

Tipu-wanita-lelaki-menyamar-Datuk-Seri-Panglima-didakwa-di-mahkamah-Johor-Bahru.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 OKT: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengakui dirinya adalah “Datuk Seri Panglima’ dan menipu seorang wanita dengan menggunakan gelaran “Datuk Seri’ sehingga mangsa menyerahkan RM11,600 kepadanya.

Feroz Musa, 47, yang bekerja sendiri mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail atas dua pertuduhan mengakui dirinya sebagai pemegang sah anugerah Datuk Seri Panglima.

Bapa anak tiga itu, didakwa melakukan kedua-dua perbuatan tersebut di Larkin Perdana di sinl, pada 3.12 petang, 23 Jun 2020 dan di Bandar Baru Uda di sini, pada 3.20 pagi, 8 Jan 2021.

Advertisement

Kesalahan itu didakwa mengikut Fasal 4(1) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017 yang boleh dihukum di bawah Fasal 4(2) Enakmen sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM250,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim membenarkan Feroz diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Di hadapan Majistret Zuhainie Zull Kafli pula, tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu seorang penjawat awam wanita dengan menyatakan kepada mangsa bahawa dia mempunyai gelaran “Datuk Seri” dan mempunyai dana di luar negara.

Advertisement

Tindakan Feroz itu menyebabkan wanita berkenaan menyerahkan wang RM11,600 secara tunai ke dalam akaunnya sedangkan tertuduh tahu gelaran dan dana berkenaan tidak wujud.

“Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Cawangan Bandar Baru Uda di sini antara 24 Dis 2020 hingga 5 Jan 2021, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat dan hendaklah didenda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Feroz diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Aqilah Ahmad Fuad dan Nur Aina Syakira Muhammad Syafiq manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kedua-dua mahkamah menetapkan 14 Nov ini untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top