BM | EN | 中文

Tipu guna nama TMJ: Polis kesan dua beranak beralamat di Perak untuk bantu siasatan

M-Parameswaran-64-dan-P-Kuganathan-34-tipu-guna-TMJ.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 OKT: Polis Johor sedang mengesan dua beranak bagi membantu kes siasatan pemalsuan dokumen surat aku janji melibatkan nama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ketua Polis Johor, Ayob Khan dilaporkan Bernama sebagai berkata dua individu ialah iaitu M Parameswaran, 64, dan P Kuganathan, 34, yang beralamat di Taman Sibilin, Ipoh, Perak.

“Kita sudah mengambil keterangan daripada tiga individu, tetapi dua individu ini masih belum dapat dikesan.

Advertisement

“Kedua-duanya mendakwa pernah berkhidmat di Istana Johor,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambah beliau, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut berkenaan kesemua lelaki yang dicari itu boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Pada 10 Okt lepas, Ayob Khan memaklumkan polis telah mengambil keterangan seorang wanita yang mengaku ‘Datuk Seri’ dan seorang peguam lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pemalsuan dokumen surat aku janji.

Advertisement

Ia kononnya bagi menjalankan urusan pertukaran mata wang asing dengan menggunakan nama Tunku Ismail.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top