BM | EN | 中文

Tips kitar semula

recycle.jpg
Advertisement

Kitar semula adalah suatu proses bagi memperbaharui atau menggunakan semula barang-barang terbuang dan terpakai untuk dijadikan bahan-bahan mentah.

Antaranya seperti tin aluminium, produk berasaskan plastik, botol kaca dan kertas.

Segala bahan buangan isi rumah yang digunakan ini perlu dikitar semula untuk memelihara alam semulajadi.

Advertisement

Dalam masa yang sama kita sebenarnya mampu menjana pendapatan dengan mengitar semula bahan buangan ini melalui jualan ke pusat kitar semula yang berhampiran dengan kediaman kita.

Kita masih belum terlambat untuk sama-sama mengubah situasi itu dan ia perlu bermula daripada diri kita sendiri dalam memastikan masalah sisa ini tidak memudaratkan.

Dengan sedikit masa yang diluangkan, kita mampu melakukannya. Kita boleh bermula hari ini dari rumah kita.

Advertisement

Kitar semula mengikut jenis barang

Banyak barang yang boleh dikitar semula contohnya kertas, plastik, logam dan kaca. Barangan lain seperti perabot, barangan elektrik, bahan binaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula.

Beli produk yang boleh dikitar semula

Advertisement

Jika membeli barangan di pasar raya, kita harus membeli barang dalam bekas yang boleh dikitar semula seperti tin, bekas plastik dan bekas kaca.

Sediakan bekas untuk kitar semula

Sediakan bekas dan ruang untuk meletakkan barangan kitar semula. Selain barangan pepejal, sisa makanan juga boleh dikitar semula untuk dijadikan baja kompos.

Advertisement

Beli produk yang dibuat daripada bahan kitar semula

Kita boleh mengetahui sesuatu produk itu mesra kitar semula melalui label pada produk tersebut

Elak dari membeli barangan yang mengandungi sisa toksik

Advertisement

Produk yang mengandungi bahan berbahaya sukar dikitar semula. Salah satu cara mengatasi masalah ini ialah dengan tidak membeli produk yang mengandungi bahan-bahan toksik.

Tetapkan jadual penghantaran

Kita perlu menjadikan aktiviti penghantaran ke pusat pengumpulan barangan kitar semula secara berjadual. Aktiviti rutin ini boleh dikembangkan dari rumah ke tempat kerja, sekolah, rumah ibadat dan sebagai.

Advertisement

Kenalpasti tong kitar semula dan pusat pengumpulan

Kenalpasti lokasi tong kitar semula atau pusat pengumpulan yang berhampiran dengan kawasan kita bagi memudahkan penghantaran barangan kitar semula.

Program KITAR3cycle di Johor

Advertisement

Di Johor, SWM Environment Sdn Bhd melancarkan program KITAR3cycle. Kita boleh mendaftar sebagai anggota KITAR3cycle dan berpeluang menebus ganjaran wang tunai, barangan atau baucar membeli-belah daripada pasar raya terpilih berdasarkan mata ganjaran terkumpul.

Selain itu, kita juga digalakkan untuk:

– Menggunakan beg kain. Ia dapat digunakan berulang kali.

Advertisement

– Menggunakan bakul sebagai cara mengelakkan penggunaan beg plastik

– Jangan gunakan polistren untuk membungkus makanan

– Guna troli sebagai cara mengelakkan penggunaan beg plastik

Advertisement

– Jangan gunakan beg plastik. Guna beg kertas menggantikan beg plastik untuk membungkus barang

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top