BM | EN | 中文

Tips berhenti rokok

berhenti-merokok.jpg

Tidak dinafikan ramai daripada masyarakat kita merokok, sama ada kaum lelaki mahupun perempuan. Namun pasti dalam diri masing-masing pernah terdetik perasaan untuk berhenti merokok.

Sejujurnya, ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Tetapi ia juga bukanlah satu perkara yang mustahil. Dimana ada kemahuan pasti akan ada jalannya.

Artikel ini akan berkongsi lima tips bagi golongan perokok yang mahu berhenti daripada aktiviti itu.

1. Apa sebab utama merokok?

Mungkin agak pelik persoalan ini dilontarkan buat golongan perokok, apatah lagi buat mereka yang sudah bertahun lamanya. Namun penting untuk kita tahu mengapa kita mula merokok pada awalnya.

Sebagai contoh, segelintir antara kita merokok kerana berada dalam fasa kehidupan yang sukar. Tetapi sekiranya fasa itu sudah berlalu dan kehidupan kita kembali stabil, ambillah langkah pertama untuk kembali bebas rokok.

2. Cari sebab untuk berhenti.

Tips kedua ini amat penting, khususnya buat perokok yang sudah berkeluarga. Ini kerana ada antara kita beranggapan bahawa merokok ini hanyalah perbuatan individu dan tidak melibatkan orang lain.

Namun bagi perokok yang berkeluarga, pastinya kesihatan dan kesejahteraan ahli keluarga iaitu pasangan dan anak-anak menjadi keutamaan kita. Jadi tidak salahnya kita berusaha ‘berkorban’ untuk mereka

3. Ambil tahu kesan negatif merokok.

Bagi mereka yang gemar membaca, pasti mengetahui bahawa tindakan merokok membawa lebih banyak mudarat daripada kebaikan. Mudarat paling utama pastinya kepada kesihatan diri dan individu sekitar kita.

Banyak kali membaca, ambil tahu kesan negatif kerana merokok dan fahami kesan jangka masa panjangnya. Sedikit sebanyak pasti tergerak hati untuk berhenti.

4. Bergaul dengan individu bebas rokok.

Sebagai manusia, pergaulan harian kita akan mencerminkan diri kita. Jadi bagi perokok yang mahu berhenti merokok, kurangkan pergaulan dengan perokok lain.

Bukan bermakna anda harus memutuskan hubungan dengan mereka, tetapi apabila mereka mengadakan sesi merokok, jarakkan diri.

Anda akan dapati usaha menjadi bebas rokok lebih mudah apabila anda bergaul dengan individu bebas rokok yang lain.

5. Banyaknya berdoa.

Sebagai seorang Muslim, percayalah kehidupan kita telah diaturkan dengan sebaiknya. Dan apabila berdepan kesukaran, kembali kepada Tuhan dan memohon kepadanya.

Dalam isu ini, apa yang boleh kita lakukan selain berusaha untuk berhenti merokok secara fizikal adalah dengan memperbanyakkan doa.

Perbanyakkan doa khususnya selepas solat dan memohon dengan jelas niat kita untuk berhenti merokok.

Ini antara tips yang dapat dikongsikan kepada perokok yang berhasrat untuk berhenti merokok. Kami percaya anda mampu lakukan dan jangan lupa, katakan tidak pada rokok.

Diingatkan sekali lagi, banyak sebenarnya anda boleh jimat dengan berhenti merokok.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top