BM | EN | 中文

Tinju sukan subjektif, jadi kena ‘clear cut’

Muhammad-Haziq.jpg

Muhammad Haziq

Advertisement

Tinju merupakan salah satu jenis sukan yang sering menimbulkan kontroversi berikutan kiraan mata yang berdasarkan kepada penilaian pengadil dan juga para juri yang berada di sekeliling gelanggang.

Justeru itu, bagi mengelakkan daripada berlakunya isu-isu bersifat teknikal, peninju perlu melakukan tumbukan yang ‘clear cut’, mahupun KO (knock out) bagi menumpaskan lawan.

Peninju muda yang mewakili pasukan Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020, Muhammad Haziq Mohd Rizal, 19 berkata, ia akan lebih mencabar apatah lagi apabila berhadapan dengan peninju senior yang lebih berpengalaman.

Advertisement

“Biasanya mereka akan bermain secara ‘psycho’, tapi cara macam itu tak akan ‘makan’ saya. Yang penting kita kena ada keyakinan diri dan berani untuk mencabar,” katanya kepada Johorkini dalam satu wawancara bersamanya di Pusat Sukan Educity, di sini, baru-baru ini.

Meskipun buat pertama kali mewakili Sukma, Muhammad Haziq berkata persiapan rapi telah dilakukan beliau, antaranya dengan menyertai pelbagai kejohanan di peringkat kebangsaan bagi kategori bawah 69 kilogram sepanjang tahun lalu.

Mula berjinak-jinak dengan sukan (combat) tempur melalui acara ‘muay-thai’ pada usia 12 tahun, bakat remaja itu mula dihidu pasukan tinju Johor sebaik tamat kejohanan SUKMA ke-19 di Perak pada 2018.

Advertisement

Dalam tempoh kurang dua tahun, beliau cepat menyesuaikan diri, cuma bezanya antara muay-thai dengan tinju adalah penggunaan tangan secara maksima, selain ‘stepping’ yang betul serta kelicikan mencuri peluang melaui tumbukan untuk menambah mata.

“Saya perlu mendominasi gelanggang. Saya nak tunjukkan walaupun saya antara peninju yang paling pendek, tapi saya tak kisah. Yang penting ada kekuatan dan semangat,” katanya.

Ketika ditanya siapakah idolanya, beliau memberitahu gemar dengan cara peninju kelahiran Kazakhstan, Gennadiy Gennadyevich Golovkin, atau lebih dikenali dengan nama “GGG” atau ‘Triple G.

Advertisement

Muhammad dalam sesi latihannya

“Sebab gaya dia macam saya. Dia ada ‘power punch’. Latihan di gym banyak membantu. Daripada tak pandai ‘stepping’ sekarang dah tahu. ‘Coach’ banyak membantunya,” katanya.

Sementara itu, jurulatih pasukan tinju Sukma Johor, Zulkifli Yaacob berkata, rejim latihan yang mencukupi, pemakanan seimbang dan disiplin adalah ramuan kejayaan kepada mana-mana peninju.

“Cuma (Muhammad Haziq) perlu lagi berusaha, sebab banyak lagi benda yang perlu diperbetulkan dan diperbaiki.

Advertisement

“Sebab dalam pertandingan ‘combat’ ini subjektif. Kita kena persiapkan peninju kita selengkap mungkin, supaya apa juga halangan dan cabaran akan datang tidak ada masalah,” katanya.

Zulkifli, yang juga bekas peninju negara dan pemenang pingat emas Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur itu bagaimanapun berkata, beliau tidak mahu mendedahkan sasaran pingat pada temasya SUKMA kali ini.

“Untuk saya secara peribadi memang ada sasaran, tetapi secara terbuka saya tak boleh umumkan. Biarlah rahsia,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top