JOHOR BAHRU, 26 OKT: DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah mahukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta agensi penguatkuasaan lain meningkatkan operasi dan rondaan di kawasan hutan di Johor bagi membanteras pemburu haram.

Harimau dikesan dekat Sungai Sayong, Kota Tinggi. (Gambar Ehsan Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)
Baginda bertitah, negeri Johor yang kaya dengan flora dan fauna perlu sentiasa dipulihara serta dijaga dengan sebaiknya.
“Amaran saya kepada pemburu tempatan, warga asing dan juga masyarakat Orang Asli jika mereka memburu harimau atau binatang lain maka awak akan diburu semula.
“Saya mahu Perhilitan tingkatkan operasi dan rondaan bagi membanteras kegiatan atau aktiviti pemburuan haram di hutan-hutan di Johor,” titah Baginda, dipetik dari laman Royal Press Office (RPO), hari ini.
DYMM Sultan Johor bertitah, Baginda ada dimaklumkan mengenai penemuan empat harimau termasuk dua harimau putih berhampiran Sungai Sayong, di Kota Tinggi baru-baru ini.
Johorkini