BM | EN | 中文

Tingkat rondaan di Paloh elak kejadian pecah kedai, rumah

sheikh-umar-3.jpg

Sheikh Umar ketika bermesyuarat dengan pihak polis, RELA dan ketua kampung

Advertisement

KLUANG, 20 DIS: Kerjasama semua pihak termasuk penduduk setempat bersama sukarelawan rondaan keselamatan mampu mengelakkan kejadian pecah kedai dan rumah daripada berulang.

ADUN Paloh, Sheikh ‘Umar Bagharib Ali berkata, ini kerana telah banyak berlaku kejadian jenayah itu pada waktu malam di kawasan Paloh dan memerlukan tindakan proaktif semua pihak.

“Pada 15 Dis 2019 yang lalu, saya telah mengadakan perbincangan bersama pihak Ketua Balai Polis Paloh, RELA mukim Paloh diketuai Datuk Lim Sin Hai, para ketua kampung MPKK, Ketua Masyarakat, persatuan dan NGO serta pemimpin-pemimpin tempatan untuk menyelesaikan isu ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Dalam kejadian terbaru semalam, seramai empat individu telah ditangkap oleh anggota polis dari Balai Polis Paloh dan sekitar jam 8 malam hari yang sama, mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang untuk tindakan selanjutnya oleh pihak berkuasa.

Empat individu yang ditangkap kesemuanya lelaki, dipercayai warga Indonesia merupakan suspek pecah rumah di Paloh yang sedang giat berlaku mutakhir ini.

Menurut Sheikh lagi, sekitar sebulan yang lalu sehingga kini, tidak kurang sepuluh buah rumah termasuk kedai telah dipecah masuk melibatkan kawasan Kampung Aman, Taman Murni, Taman Wijaya dan Sentral Paloh.

Advertisement

“Dengan penyertaan anggota RELA, gerak kerja rondaan telah dapat ditingkatkan dan pantauan keselamatan semakin dipergiatkan lagi.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Balai Polis Paloh dan RELA mukim Paloh yang telah banyak membantu sehingga empat suspek warga asing ini berjaya ditangkap.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top