BM | EN | 中文

TINGKAT PRASARANA INTERNET, MANFAATKAN ANAK MUDA TG PIAI

IMG-20191109-WA0014.jpg
Advertisement

 

PONTIAN, 9 NOV: Usaha menambahbaik prasarana telekomunikasi bagi meningkatkan capaian internet akan dilakukan memandangkan ia menjadi keperluan terutamanya kepada golongan muda di parlimen Tanjung Piai.

Calon Pakatan Harapan (PH) pilihanraya kecil (PRK) Tanjung Piai, Karmaine Sardini berkata, langkah tersebut sedang dan akan dilakukan oleh kerajaan secara berperingkat.

Advertisement

“Lima buah pencawang akan ditambah, tiga daripadanya dalam masa terdekat.

“Dengan penambahan pencawang, kemudahan capaian internet akan lebih laju dan meluas.

“Capaian internet yang meluas memudahkan penduduk Tanjung Piai menjalan perniagaan online (dalam talian), khususnya golongan muda,” jawab calon Pakatan Harapan (PH), Haji Karmaine Sardini ketika ditanya mengenai pembangunan anak muda.

Advertisement

Antara pelan kerajaan menurut Rancangan Pelan Gantian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) di Tanjung Piai ialah pembinaan tujuh menara telekomunikasi.

Antaranya di Kg Pt Sulaiman, Kg Hj Ashari dan Kg Buloh Kasap, Jalan Desa Baru Batu 3, Kg Sawah, Kg Seri Bukit Panjang, Parit Dukacita dan Taman Negara Tanjung Piai.

Dalam perkembangan lain, beliau amat berpuas hati dengan gerak kerja jentera selama tempoh kempen dijalankan.

Advertisement

“Jentera giat menyampaikan mesej mengenai calon PH merupakan anak tempatan dan merupakan calon yang telah dilantik oleh pucuk pimpinan parti yang memerintah.

“Mesej ini tentunya memberi keyakinan kepada penduduk Tanjung Piai bahawa rancangan pembangunan yang dibawa lebih mudah untuk dilaksanakan,” katanya.

Tambah Karmaine lagi, gerak kerja kempen perlu digiatkan bagi membantu PH mempertahankan kerusi parlimen Tanjung Piai.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top