BM | EN | 中文

Tingkat kekerapan cabutan khas nombor ramalan 4D, kerajaan Melayu-Islam PN hipokrit

azam-razak-4D.png
Advertisement

MERSING, 29 DIS: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hipokrit apabila menaikkan semula kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4-digit yang dikurangkan sewaktu zaman pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Pengarah Hal Ehwal Syariah Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Mohd Azam Abdul Razak berkata tindakan itu jelas mencacatkan pengakuan kerajaan PN yang selama ini kononnya memperjuangkan Melayu dan Islam.

“Tindakan kerajaan PN menaikkan semula kekerapan cabutan khas itu menggambarkan bahawa PN hanya bersifat hipokrit.

Advertisement

“Melayu-Islam dipermainkan mereka. Hakikatnya tidak wujud kerana ia hanya retorik demi memenangi hati rakyat.

“Perdana Menteri yang selama ini berdoa di kaca televisyen kini dipersoal apaila menggandakan cabutan khas tersebut. Hanya mempermainkan agama demi kepentingan peribadi.

“Inilah sebuah kerajaan hipokrit yang kononnya membawa ideologi Melayu Islam tetapi dalam masa yang sama mengutamakan perkara yang haram demi untuk mendapat laba dari hal tersebut,” ujarnya.

Advertisement

Beliau berkata dalam gabungan PN yang turut melibatkan parti PAS jelas tidak mampu membawa Islam seperti dicanang mereka sebelum ini.

Justeru itu beliau mengajak rakyat menilai sendiri lakonan kerajaan PN yang hanya mempergunakan bangsa dan agama sebagai perkakas demi meraih sokongan.

“PAS yang sebelum ini membuat pelbagai gerakan hari ini menjadi bisu serta bersama meluluskan semula gandaan cabutan khas tersebut.

Advertisement

“Politik murahan Pas hanya mahukan perhatian dengan mempergunakan agama sebagai perisai.

“Pastinya selepas ini akan ada dalil untuk menegakkan tindakan mereka bersekongkol menjayakan tambahan cabutan khas ‘nombor ekor’ tersebut.

“Rakyat kini dipermainkan dan bahaya semangat berpandu emosi tanpa rasional.

Advertisement

“Adakah ini caranya PN dan Pas nak martabatkan ekonomi umat Islam dan pertahankan kesucian agama Islam dengan sokong tambah judi ekor?, soal Azam

Semalam dilaporkan terdapat kenaikan kekerapan cabutan khas nombor ramalan 4D kepada 22 kali kekerapan untuk tahun 2021 berbanding lapan kali setahun pada 2020.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top