BM | EN | 中文

Tingkat hukuman pemandu mabuk, bukan tergesa beku lesen jualan – Adun Jementah

tan-chen-choon.jpg

Tan Chen Choon

Advertisement

SEGAMAT, 4 JUL: Banyak pendekatan boleh diambil untuk mengurangkan kemalangan jalan raya disebabkan pemanduan mabuk, menurut Adun Jementah, Tan Chen Choon.

Beliau mencadangkan tiga cara melalui pendekatan dengan memperketatkan undang-undang Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang sedia ada di bawah pengaruh alkohol.

“Pertama, meminda seksyen 44 Akta tersebut, iaitu meningkatkan hukuman penjara memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol yang menyebabkan kematian boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga maksimum 20 tahun dan minimam 6 tahun.

Advertisement

“Hukuman penjara sekarang ialah tidak kurang daripada 3 tahun tetapi tidak lebih daripada 10 tahun.

“Kedua, menurunkan kadar alkohol yang dibenarkan daripada 80 mg alkohol dalam 100 ml darah kepada 50 mg alkohol dalam 100 ml darah (atau kurang) mengikut piawaian Badan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Ketiga, menggantung lesen memandu untuk seumur hidup sekiranya seseorang didapati bersalah menyebabkan kematian semasa memandu dalam keadaan mabuk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Tan berkata, keputusan kerajaan Johor melalui Exco Dr. Chong Fat Full untuk membekukan pengeluaran lesen baru ke atas permohonan perniagaan minuman keras disebabkan pemanduan mabuk yang mengakibatkan kemalangan jalan raya sebagai tidak munasabah.

Beliau menegaskan memang tiada tolak ansur dan kompromi ke atas pemandu mabuk yang boleh membawa maut, namun kerajaan tidak harus menafikan hak orang bukan Islam untuk mengambil minuman keras.

Tan membangkitkan persoalan sama ada kerajaan akan membekukan semua pengeluaran lesen memandu baru kerana kemalangan jalan raya semakin meningkat yang disebabkan pemanduan mabuk.

Advertisement

“Sememang tidak. Kerana ia tidak rasional dan akan membawa impak yang sangat besar kepada pembangunan masyarakat dan ekonomi negara.

Namun katanya pemandu mabuk tiada hak dan tidak layak untuk memandu kerana mengancam nyawa pengguna jalan raya lain.

“Pemandu mabuk mesti dihukum dengan seberat-beratnya. Justeru, saya menggesa kerajaan negeri Johor agar bertindak rasional dan tidak
tergesa-gesa mengambil pendekatan mudah, dan segera memberhentikan langkah pembekuan ini

Advertisement

“Adakan perbincangan terlebih dahulu dengan pihak berkepentingan seperti Kementerian Pengangkutan, pihak PDRM, pihak pendakwaraya, persatuan perniagaan dan lain-lain untuk menyelaraskan langkah lebih efektif bagi menangani masalah pemanduan mabuk,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top