BM | EN | 中文

TINGKAH LAKU REMAJA CENDERUNG BUNUH DIRI PERLU DITANGANI

kemurungan-bunuh-diri.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 SEPT: Trend tingkah laku bunuh diri dalam kalangan remaja seperti yang dibangkitkan Menteri Kesihatan perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Penyayang Iskandar Puteri, Rozita Abdul berkata kajian secara komprehensif merangkumi sistem pembangunan manusia secara holistik perlu dijalankan.

“Kita tidak nafikan pengaruh teknologi masa kini seperti media sosial, gejala buli siber dan pengaruh rakan sebaya adalah dorongan untuk remaja melakukan perbuatan tersebut.

Advertisement

“Kerajaan juga perlu menambah baik akta-akta pembangunan keluarga supaya punca kepada kejadian seperti itu dapat dikawal sebelum berlaku.

“Selain pihak kerajaan, NGO juga perlu memainkan peranan dan harus diberikan ruang sebaiknya oleh pihak kerajaan untuk terlibat sama dalam menyelesaikan permasalahan ini,” ujarnya ketika dihubungi.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, trend tingkah laku bunuh diri dalam kalangan remaja menunjukkan peningkatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Advertisement

Menurutnya, prevalen idea bunuh diri dalam kalangan remaja berumur 13 hingga 17 tahun adalah 10 peratus berbanding 7.9 peratus pada tahun 2012 mengikut kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017.

Sementara itu 29.2 peratus daripada golongan dewasa berusia 16 tahun ke atas turut mengalami masalah kesihatan mental.

Justeru itu, Rozita yang juga bendahari Persatuan Wanita Prihatin (PERWANIN) Johor Bahru berkata, masalah ini tidak harus dipikul kerajaan semata-mata, namun semua pihak harus memainkan peranan masing-masing.

Advertisement

Katanya, pembabitan NGO bertepatan dengan fungsinya, lebih-lebih aktivis di peringkat akarumbi lebih intim dengan masyarakat setempat.

Dalam masa yang sama katanya, remaja yang berpotensi bertindak sedemikian perlu dibimbing dan disemai sifat daya tahan, kemanusiaan dan ketuhanan dalam diri mereka.

“Silibus pra-sekolah dan sekolah perlu memperkasa nilai kemanusiaan dan menambah aktiviti-aktiviti yang meningkatkan daya tahan kanak-kanak dan remaja.

Advertisement

“Ia bagi mendepani cabaran, justeru sikap mereka untuk cenderung ke arah (tindakan) bunuh diri dapat dikawal.

“Keluarga menjadi tonggak penting dalam memastikan perkara ini boleh dikawal dan ibu bapa juga harus diberikan pencerahan berkenaan cara mengawal remaja bermasalah.

“Isu ini disentuh dalam ‘Envision 2030’ oleh UN iaitu ‘Sustainable Development Goal (SDG)’ yang ke 16 yang menyatakan bahawa dunia perlu memberi keadilan dan keamanan kepada kanak-kanak dan remaja untuk terus hidup,” ujarnya lagi

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top