BM | EN | 中文

Tindakan ugut rakyat, kerajaan Muhyiddin makin terdesak

IMG-20200416-WA0002.jpg

Serudin Soud

Advertisement

BATU PAHAT, 27 APR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat semakin terdesak dengan tindakan seperti mengugut rakyat.

Terbaharu dalam isu penahanan aktivis seni Fahmi Reza membayangkan tindakan terdesak tersebut.

Mengulas perkara itu, Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Serudin Soud berkata, sebelum ini kerajaan melalui Menteri Komunikasi dan Multimedia telah mengumumkan Ordinan Berita Palsu yang dilihat tidak mempunyai ketelusan.

Advertisement

Tegasnya, ia adalah tindakan atau langkah mengugut rakyat termasuklah penahanan yang dilakukan ke atas beberapa individu berkenaan perkara tersebut.

“Kita memang tidak bersetuju dengan perkara ini kerana apa dilakukan Fahmi Reza belum tentu jelas menghina institusi di Raja.

“Kerajaan perlu menjawab isu ini secara telus tanpa sebarang tindakan berpihak demi menyelamatkan diri mereka sahaja.

Advertisement

“Kita maklum sebelum ini undang-undang yang dikuat kuasakan seperti ada ‘double standard’ dan ini menimbulkan kesangsian,” tegasnya lagi.

Serudin turut menempelak tindakan kerajaan yang semakin takut dengan suara rakyat sehingga terpaksa mengambil tindakan seperti yang berlaku.

Jelasnya, ternyata kajian dilakukan Merdeka Center baru-baru tidak mencerminkan situasi sebenar kerajaan pimpinan Muhyiddin dan PN.

Advertisement

“Jika benar peratusan sokongan Muhyiddin sebanyak 67 peratus seperti penyelidikan Merdeka Center, tidak perlu beliau merasa takut dengan suara rakyat.

“Suara rakyat adalah suara yang berharga dan sekiranya ia terus dihalang maka beliau perlu bersedia dengan penolakan rakyat.

“Saya nasihatkan hentikanlah mengugut rakyat dengan pelbagai tindakan,” tegasnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top