BM | EN | 中文

Tindakan timbalan menteri PN dedah maklumat penerima bantuan tak berhemah

Wanita-Amanah-Norhayati-Bidin-AWAN-Johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 JUL: Tindakan sesetengah pihak yang mendedahkan maklumat penerima bantuan dianggap sebagai suatu yang mengaibkan, kata Naib Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor, Norhayati Bidin.

Katanya, pendedahan butiran peribadi seperti gambar, nama serta nombor telefon dianggap keterlaluan.

Beliau merujuk tindakan seorang timbalan menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mendedahkan wajah serta butiran penerima bantuan berkenaan hanya untuk menjaga nama baiknya.

Advertisement

“Ia tidak patut dilakukan kerana perkara itu mengaibkan penerima bantuan berkenaan dan ini akan membuatkan penerima bantuan tersebut akan lebih tertekan.

“Biar sekadar beri bantuan dan tidak perlu sehingga mendedahkan nama dan sebagainya sehingga mendatangkan rasa malu si penerima bantuan tersebut.

“Ada pihak mengambil kesempatan mahu meletakkan dirinya dilihat prihatin dengan masalah rakyat, sedangkan tindakan itu salah sama sekali,” jelasnya.

Advertisement

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mastura Mohd Yazid sebelum menerima kritikan apabila dia mendakwa satu wawancara radio yang tular mengenai sebuah keluarga di Kuala Kangsar tidak mendapat bantuan sebagai palsu.

Mastura kemudiannya mengeluarkan kenyataan mempersoalkan kesahihan klip wawancara radio di mana seorang lelaki mendakwa sebuah keluarga di Kuala Kangsar telah kelaparan selama dua hari.

Wawancara di Suria FM itu menampilkan seorang lelaki yang mengaku sebagai wakil NGO, menceritakan pengalamannya mengagihkan bantuan di Kuala Kangsar.

Advertisement

Lelaki itu yang menangis ketika wawancara, mendakwa dia melihat seorang kanak-kanak terbaring di lantai ketika dia menghampiri rumah itu dan mendakwa bahawa keluarga itu ketiadaan makanan selama dua hari.

Mastura turut mengeluarkan sebuah video di media sosialnya menunjukkan wanita yang dikatakan terlibat dalam wawancara itu tampil menafikan bahawa keluarganya dalam kelaparan dan mengatakan bahawa tuduhan itu adalah tidak benar.

Ekoran itu, ramai pengguna media sosial tampil mengecam Mastura kerana mendedahkan identiti keluarga berkenaan dan bukannya menyalurkan bantuan diperlukan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top