BM | EN | 中文

TINDAKAN TEGAS TERHADAP PEMILIK TANAH PERSENDIRIAN DI TAMAN PERINDUSTRIAN KOTA PUTERI

IMG-20191002-WA0004.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 OKT : Status tanah persendirian di tapak pelupusan sampah haram di Taman Perindustrian Kota Puteri, di sini perlu dikembalikan kepada status asalnya iaitu pertanian.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, keputusan itu diambil susulan mesyuarat tergempar yang diadakan melibatkan semua agensi berkaitan.

“Susulan tinjauan saya ke tapak pelupusan sampah haram di Taman Perindustrian Kota Puteri semalam, saya telah mengadakan satu mesyuarat tergempar.

Advertisement

“Ia melibatkan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JAS), SWCorp Negeri Johor, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Johor dan SAJ Ranhill Sdn Bhd.

“Sehubungan dengan itu, mesyuarat tergempar berkenaan telah memutuskan agar status tanah persendirian tersebut perlu kembali kepada status asalnya iaitu pertanian.

“Ia berbanding kini berstatus tapak pelupusan haram melalui notis arahan yang akan dikeluarkan oleh pihak PTG Negeri Johor,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Advertisement

Operasi pembakaran di kawasan itu yang dilaksanakan sejak 7 September lalu dan berlanjutan sehingga kini.

Ia melibatkan seramai 50 orang anggota JBPM yang bertugas secara bergilir setiap hari sepanjang tempoh tersebut.

Chen Choon yang juga Adun Jementah menegaskan bahawa pemilik tanah perlu mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan tanpa sebarang kompromi.

Advertisement

“Sebagai peringatan, tanggungjawab pemantauan tanah persendirian perlu dipikul oleh pemilik tanah dan tidak wajar menggunakan sumber milik awam.

“Justeru itu, pemilik tanah telah diarahkan untuk menyediakan segala keperluan berbentuk peraralatan dan

jentera bagi membantu operasi pemadaman yang kini masih berbaki 35 peratus,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata, pihak bomba optimis kebakaran di situ mampu ditangani sepenuhnya dalam tempoh sembilan hari dengan keadaan bekalan air yang mencukupi.

“Sementara itu, pihak SWCorp negeri Johor juga telah diarahkan untuk mengambil tindakan tegas serta-merta terhadap lokasi tumpuan tapak pelupusan sampah haram.

“SWCorp perlu menyediakan laporan lengkap berhubung tindakan yang telah diambil kepada saya dalam tempoh masa terdekat,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top