BM | EN | 中文

TINDAKAN TEGAS, TAMAT KHIDMAT JIKA POLIS TERLIBAT DADAH

Ketua-Polis-Johor-Datuk-Kamarudin-Md-Din.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 OGOS: Tindakan tatatertib yang tegas termasuk diberhentikan perkhidmatan boleh dikenakan terhadap mana-mana anggota polis negeri ini yang terlibat dengan gejala penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarudin Md Din berkata, pihaknya sentiasa memandang serius perkara itu, malah tidak akan berkompromi untuk mengenakan sebarang tindakan menerusi undang-undang.

“Kita ada sasaran, mereka yang kita rasa ada terjebak (dadah), kita akan pantau dari semasa ke semasa. Mereka ini juga akan menjalani ujian air kencing.

Advertisement

“Saya harap dengan pemantauan secara berkala seperti ini dapat memastikan anggota mahupun pegawai di Johor tak terlibat dengan dadah,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan perhimpunan bulanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini semalam.

Terdahulu SH Online melaporkan Kamarudin berkata, dalam operasi yang dilakukan sepanjang 13 hingga 17 Ogos lalu, beberapa anggota polis turut dikesan terlibat dengan penyalahgunaan barang terlarang itu.

Jumlah tangkapan membabitkan tujuh pegawai dan anggota berpangkat Lans Koperal dan Konstabel.

Advertisement

Operasi mengesan penyalahgunaan dadah dalam kalangan pegawai dan anggota polis ini melibatkan pemeriksaan ke atas tujuh pegawai kanan dan 100 anggota.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, polis juga telah menahan seramai 12,706 individu menerusi 5,769 serbuan yang dilakukan di seluruh Johor sejak Januari hingga 15 Ogos lalu membabitkan jumlah rampasan dadah seberat 2,727 kilogram dengan nilai dianggarkan RM127,58 juta.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top