BM | EN | 中文

Tindakan tegas perlu terhadap majikan biar asrama pekerja sesak – MP Tebrau

steven-chong-pkr-johor-mp-tebrau.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 FEB: Ahli parlimen Tebrau, Steven Choong mencadangkan kerajaan negeri dan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang membiarkan asrama pekerja sesak dan padat jika serius untuk mengawal penularan COVID-19 di Johor.

Katanya, bagi mengawal penularan wabak ini di kawasan perkilangan, beliau mencadangkan agar pihak berkuasa bertindak tegas terhadap majikan yang menempatkan pekerjanya beramai-ramai di asrama atau rumah pekerja sehingga sesak dan padat.

“Di negeri Johor tempat yang paling tinggi ialah di di kawasan saya, Tebrau kesan dari aktiviti kawasan perkilangan.

Advertisement

“Bagi saya untuk mengawal penularan wabak ini, kerajaan negeri perlu memainkan peranan dengan jelas.

“Kepadatan isi rumah ini menyebabkan wabak ini lebih mudah merebak dalam kalangan mereka, apatah lagi pekerja tersebut akan keluar untuk mendapatkan makanan dan barangan keperluan lain.

“Bayangkan jika dalam sebuah rumah dihuni oleh 25 pekerja asing, jika seorang terjangkiti wabak, maka rakan serumahnya seramai 24 orang akan terdedah dengan wabak.

Advertisement

“Saya berharap agar kerajaan negeri dapat memaksa semua majikan mematuhi syarat yang ditetapkan berkenaan jumlah penghuni sesebuah asrama pekerja bagi mengekang penularan wabak ini”, tegas Steven pada sidang media di pejabat PKR Iskandar Puteri, petang semalam.

Tambahnya, bagi menangani masalah kepadatan rumah dan asrama pekerja asing sebagai usaha mengekang penularan wabak ini, majikan dicadangkan untuk menyewa asrama atau rumah lagi bagi menempatkan pekerjanya.

Bagaimanapun, Steven tidak bersetuju dengan cadangan menutup atau hentikan kilang untuk beroperasi.

Advertisement

Katanya, langkah menutup kilang bukan penyelesaian kerana pekerja kilang menetap di luar kawasan kilang.

Kata Steven, walaupun kilang ditutup, namun proses penularan wabak tetap berlaku di kawasan asrama pekerja yang padat.

Ditanya mengenai langkah-langkah kerajaan negeri Johor mengawal penularan COVID-19, Steven berpandangan kawalan yang diambil kerajaan Johor tidak jelas.

Advertisement

“Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri Johor menangani COVID-19 tidak jelas.

“Ini berbeza dengan Selangor yang mempunyai Selangor Task Force Covid-19 (STFC) yang diterajui oleh bekas Menteri Kesihatan,Dr Dzulkefly Ahmad dan pakar-pakar perubatan”, tambahnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top