BM | EN | 中文

Tindakan pantas Adun Kota Iskandar selesai masalah kawasan dipuji warganet

dzulkefly-ahmad-jalan-pekan-nanas-johor-bahru.jpg

Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad (kiri) meninjau kerja-kerja baikpulih

Advertisement

GELANG PATAH, 9 JUL: Tindakan pantas Adun Kota Iskandar, Johor, Dzulkefly Ahmad bertindak balas terhadap masalah yang dihadapi penduduk dikawasannya dipuji rata-rata warganet.

Pelbagai respon positif daripada penduduk di sekitar DUN Iskandar Puteri susulan tindakan beliau yang agresif dalam menyelesaikan masalah berbangkit.

Melalui ruangan komen laman facebook beliau, ramai di kalangan warganet memberikan kata-kata semangat serta positif.

Advertisement

Seorang responden dengan nama Mohd Ghazali Ibrahim di laman facebook beliau mengucapkan syabas serta terima kasih atas tindakan segera Dzulkefly yang menyelesaikan permasalahan jalan berlubang di jalan utama Pontian – Johor Bahru.

“Syabas dan terima kasih YB atas tindakan yang pantas. Hujan juga penyumbang kepada kerosakan dan hakisan permukaan jalan yang bertar,” kata Mohd Ghazali.

Manakala pengguna dengan nama Azrun Sani mengesahkan bahawa kerja-kerja telah selesai dibuat Dzulkefly selepas aduan diterima.

Advertisement

“Pagi ni saya lalu, lubang di jalan tu dan berturap,” kata Azrun.

Dalam pada itu, penduduk tempatan yang berasa lega dengan tindakan pantas beliau menyelesaikan masalah rakyat turut menyatakan reaksi mereka dan kiriman itu masih boleh dibaca melalui respon di ruangan komen facebook Dzulkefly,

Dzulkefly ketika dihubungi berkata, pelbagai masalah yang berlaku antaranya melibatkan infrastruktur dan utiliti awam di kawasannya, dan beliau bersama pegawai di pusat khidmat akan terus bekerja agar ia diselesaikan dengan segera.

Advertisement

Dzulkefly dengan latar belakang profesion berkaitan kejuruteraan awam turut memeriksa kualiti baikpulih jalan raya

“Kita akan terus memantau serta melakukan kerja-kerja bagi menjaga ketenteraman awam dalam usaha kebajikan yang menyeluruh kepada masyarakat setempat.

“Apa yang dilakukan ini adalah tugasan hakiki sebagai seorang pemimpin kawasan atau pun wakil rakyat. Ini adalah minat saya untuk memberikan perkhdimatan yang terbaik.

“Kita tidak mahu rakyat ditinggalkan. Kebanyakan masalah yang berlaku adalah dari segi infrstaruktur yang tidak teratur serta tidak diselenggara dengan baik.

Advertisement

“Apa yang dilakukan ini kita bawa juga kepada pihak-pihak tertentu untuk diselesaikan serta diambil tindakan dengan kadar segera,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top