BM | EN | 中文

Tindakan lambat kerajaan umum larangan rentas daerah timbulkan persoalan

Sharon-Teoh.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 MEI : Tindakan kerajaan lewat mengumumkan penutupan sempadan daerah seluruh negara timbulkan panik di kalangan rakyat.

Hal itu dinyatakan oleh Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Sharon Teo yang mendakwa persiapan rakyat untuk pulang ke kampung dengan merentas daerah akan terbantut.

Katanya ketika dihubungi berkata, langkah kerajaan mengumumkan perkara itu dengan kadar yang lewat membuatkan rakyat menjadi panik.

Advertisement

“Mengapa terlalu singkat masa diberi dan sudah pastinya ini lebih menekan kepada rakyat yang sudah merancang sebelum ini.

“Kita faham keadaan ini perlu bagi mengekang wabak Covid dari merebak cuma tindakan mengumumkan secara mengejut ini tidak betul.

“Sepatutnya kerajaan membuat penilaian awal dan bukan secara terburu-buru sehingga rakyat menjadi kelam kabut,” katanya.

Advertisement

Sehubungan dengan itu beliau turut mengungkit dengan tindakan kerajaan sebelum ini yang gemar membuat keputusan di saat akhir.

Kerajaan mungkin tidak sedar tambahnya, keadaan itu akan membuatkan rakyat mempertimbangkan segala keputusan dengan emosi.

“Kita tidak ada masalah jika awal-awal persediaan itu dibuat tetapi secara ‘last minute’ ini akan menimbulkan pelbagai lagi keadaan yang di luar jangkaan.

Advertisement

“Pastinya hal yang kerajaan lakukan ini adalah seperti ulangan dari tindakan mereka sebelum ini yang mempunyai rekod keputusan saat-saat akhir,” katanya lagi.

Semalam kerajaan mengumumkan semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran pihak PDRM “di seluruh negara tidak dibenarkan untuk tempoh empat minggu,” maklum Menteri Kanan (Kluster Keselamatam) Ismail Sabri Yaakob.

Arahan ini berkuatkuasa dari 10 Mei 2021 hingga 6 Jun 2021.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top