KLUANG, 11 FEB: Tindakan kerajaan sementara Johor menyekat 3,000 unit kit ujian kendiri COVID-19 bagi semua kawasan DUN Johor sehingga menyebabkan rakyat menghadapi kesulitan amat dikesali.
Calon Pakatan Harapan DUN Mengkibol, Chew Chong Sin berkatadengan kes positif OMICRON yang semakin meningkat sejak beberapa minggu ini.
Katanya, tindakan kerajaan sementara Johor itu dianggap menyeleweng dana kerajaan untuk membuat peruntukan dalam tempoh sementara untuk mengadakah aktiviti demi meraih undi menjejaskan kepentingan awam dan harus dihentikan.
“Pada masa yang sama, Johor kini mengalami kekurangan bekalan kit ujian kendiri COVID-19.
“Ramai rakyat Johor perlu menggunakan kit ujian untuk memastikan keselamatan diri, keluarga dan komuniti.
“Namun, kerajaan BN/PN Johor bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah bekalan, malahan tidak menunaikan janjinya di bawah Bajet Negeri Johor 2022 di mana ia telah merampas 3,000 kit ujian yang harus diedarkan kepada setiap kawasan DUN.
“Ini merupakan satu tindakan yang tidak ambil peduli kesihatan dan keselamatan rakyat dan utamakan kepentingan politik parti atasi keselamatan nyawa rakyat, kata beliau dalam kenyataan,” katanya dalam satu kenyataan.
Chew berkata beliau telah menghubungi pegawai unit pembangunan Pejabat Menteri Besar berkali-kali dalam tempoh dua bulan lalu untuk bertanya tentang 3,000 kit ujian ini akan diedarkan.
“Mengapa sampai sekarang masih belum diedarkan? Akan tetapi, pegawai tidak langsung memberi maklum balas.
“Kerajaan BN/PN Johor hanya peduli tambahkan lebih ADUN, tambahkan lebih kuasa, tambahkan lebih banyak keistimewaan, tetapi tidak peduli bagaimana dapat mencegah pandemik COVID-19 dengan lebih berkesan,” ujarnya.
Ia katanya tidak menyelesaikan masalah kekurangan kit ujian dan tidak mempedulikan keselamatan nyawa rakyat yang menghadapi ancaman varian OMICRON dan kes positif yang semakin meningkat.
“Malahan, merampas 3,000 kit ujian yang dibeli dengan dana awam daripada pendapatan cukai rakyat. Ini adalah kerajaan dua darjat, inilah kerajaan gagal,” tambah beliau lagi.
Johorkini