BM | EN | 中文

Tindakan kerajaan Johor seolah tutup peluang kontraktor penyelenggaraan jalan bumiputera

Ir-Khairuddin-A-Rahim.jpg

Khairuddin A Rahim

Advertisement

BATU PAHAT, 20 JAN: Nasib kontraktor kecil bumiputera kian sempit untuk mendapat kerja bagi penyelenggaraan jalan-jalan MARRIS di bawah kerajaan negeri Johor, kata Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim.

Menurutnya, kerja-kerja tersebut sebelum ini diuruskan Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) secara tender, sebutharga dan undi namun kini telah dikonsesikan kepada sebuah syarikat, iaitu Safwa Global Sdn Bhd.

Tindakan tersebut kata Khairuddin seolah-olah mahu menutup peluang kepada kontraktor kecil yang terpaksa bergantung kepada syarikat konsesi tersebut.

Advertisement

“Sebelum ini kerajaan Johor telah melantik syarikat-syarikat konsesi seperti Teto Sdn Bhd dan Amona Sdn Bhd untuk membuat kerja-kerja penyelenggaraan jalan-jalan negeri, Infra Desa (Johor) Sdn Bhd untuk kerja-kerja jalan kampung dan kerajaan pusat pula telah melantik Selia Selanggara Sdn Bhd untuk jalan-jalan persekutuan.

“Saya amat bersimpati dengan situasi yang dihadapi oleh kontraktor-kontraktor kecil tersebut apabila peluang berniaga yang sedia sempit sebelumnya, kini terus merasa terhimpit dengan adanya pelantikan syarikat konsesi baharu tersebut.

“Saya juga dimaklumkan syarikat-syarikat konsesi tersebut mendapat tawaran kontrak dengan kadar harga yang lebih tinggi daripada harga kebiasaan.

Advertisement

“Syarikat-syarikat tersebut juga akan mengurus pelantikan syarikat-syarikat kecil untuk melaksanakan kerja konsesi dengan tawaran harga yang lebih rendah walaupun diselia oleh ‘Johor Center For Construction Development (JCCD)’,” ujarnya.

Tambah Khairuddin, syarikat konsesi tersebut melantik syarikat besar yang mempunyai jentera dan mesin yang cukup atau mempunyai keupayaan modal untuk menjalankan kerja dibawa kelolaan konsesi tersebut.

“Bukan setakat itu sahaja, syarikat-syarikat kecil dipilih kebanyakannya juga terdiri daripada mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan pihak pengurusan syarikat-syarikat konsesi.

Advertisement

“Lebih malang apabila syarikat yang mendapat kerja hanya menggunakan lesen syarikat bumiputera tersebut dengan menawar dalal atau komisyen dengan peraturan tertentu.

“Saya memohon agar pihak kerajaan mengkaji semula akan sistem pelantikan syarikat konsesi untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan-jalan MARRIS tersebut,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top